Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerusi kenyataannya sebelum ini mendakwa program i-Sejahtera berdepan 'ancaman' sekiranya beliau dimasukkan ke penjara diatas dakwaan menerima rasuah.
Guan Eng menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mengancam untuk menyaman sebuah media tempatan, The New Straits Times (NST) serta Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To kerana diatas dakwaan fitnah.
Eric menjelaskan, kenyataan yang disiarkan NST itu tidak merujuk kepada ucapannya pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP di Jawi, Nibong Tebal, kelmarin.
Jelasnya, kenyataan berkenaan disiarkan oleh Guan Eng sendiri menerusi blognya bertarikh 1 Julai 2016 dengan berkata: "Rakyat biasa Pulau Pinang sedar apa yang dipertaruhkan adalah Program i-Sejahtera daripada sebuah kerajaan yang bersih.
"Rakyat biasa Pulau Pinang ini berang bahawa pemimpin daripada kerajaan yang bersih kini didakwa diatas tuduhan rasuah dan sumbangan RM400 juta daripada program i-sejahtera kini berdepan ancaman," kata Guan Eng dipetik blog beliau.
Tegas Eric, laporan NST kelmarin juga tidak menyebut bahawa Guan Eng mengeluarkan kenyataan pada program rumah terbukan berkenaan walaupun ada meletakkan gambarnya berkenaan menghadiri sambutan rumah terbuka tersebut.
Secara dasarnya, Guan Eng ada membuat kenyataan berkenaan dan saman yang ingin dikemukakan adalah disebabkan kesilapan rujukan tarikh.
"Mari BNSC terangkan isu ini sekali lagi. Kerajaan Pulau Pinang lebih besar daripada seorang individu. Sukar difahami apabila Kerajaan Pulau Pinang akan memberhentikan program i-sejahtera jika salah seorang daripada pemimpinnya dituduh dan didapati bersalah kerana rasuah.
"Jika kerajaan DAP Pulau Pinang semasa tidak boleh terus menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang tanpa Guan Eng, maka seluruh EXCO Pulau Pinang patut meletkkan jawatan kerana tidak cekap.
"Saya anggap deklarasi Guan Eng untuk menyaman saya dan sebuah akhbar sebagai salah satu usahanya untuk menakut-nakutkan media dan menyekat kebebasan bersuara," kata Eric.
Tambahnya lagi, ugutan saman oleh Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu juga adalah usahanya untuk mengalihkan pendedahan berterusan BNSC terhadap skandal pembayaran kos penyelidikan projek Terowong Pulau Pinang dan 3 projek lebuh raya bernilai RM220 juta.
"Saya berdiri teguh dengan kenyataan media ini dan sekiranya Guan Eng ingin meneruskan untuk menyaman saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman Guan Eng kerana mendakawa saya memfitnah beliau.
"Guan Eng tidak boleh dan mesti dihalang daripada menggunakan institusi undang-undang untuk mendiamkan pengkritiknya. Walaupun berdepan ancaman saman Guan Eng, pasukan BNSC akan meneruskan usaha untuk mendedahkan pelbagai skandal dan kelemahan pemerintahan DAP Pulau Pinang," katanya lagi.,