Mahathir Semakin Menunjukkan Sifat Kenyanyokan Tahap Maksima.. Mahathir Yang Mudah Lupa Akibat Dendam dan Tamak Haloba Melampau...!!!!!!
ALOR SETAR: Pembangkang tidak mampu memenangi mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijadualkan bulan depan, sekiranya masih tidak bersatu, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Veteran politik itu berkata, ia berdasarkan kekalahan teruk pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini yang berpunca daripada ketidaksepakatan sehingga menyaksikan pertembungan sesama sendiri, yang akhirnya menguntungkan Barisan Nasionanl (BN).
"Pembangkang tidak boleh menang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak.
"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," katanya yang dipetik Berita Harian Online dalam satu majlis di Alor Setar awal hari ini.
Pada PRN baru-baru ini, pembangkang mencatatkan prestasi buruk apabila hanya memperoleh 10 kerusi, yang mana tujuh daripada DAP dan tiga daripada PKR.
Manakala PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) pula gagal memperoleh sebarang kerusi.
Punca kekalahan itu dikaitkan dengan kegagalan mencapai kata sepakat sehingga berlaku perebutan kerusi sesama sendiri.
DAP dan PKR bertembung di enam kerusi, yang mana kesemua kerusi itu dimenanangi oleh BN.
BN menang besar apabila memperoleh 72 kerusi daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.