Thursday, 6 July 2017
Dua Daddy Diktator Dalam Dilema Bimbang Di Asak ROS dan RCI
By @MNA at 19:01:00
LENSA BB
Mahathir Berlakon Kerana Takut RCI,
Kit Siang Berlakon Kerana Takut ROS.
Kedua duanya sedang berdrama. Seorang berlakon mahu selamatkan anak dan kedudukan dalam parti roket. Seorang lagi berlakon mahu selamatkan diri dari skandal lamanya. Seorang sedang berdrama di London, seorang lagi berdrama di Malaysia.
Sedang ahli PPBM bergaduh sama sendiri dan menyalahi UMNO dalam proses pergaduhan, Pengerusi PPBM pula masih dalam "Mood Raya” di London. Ada yang kata pemergian itu adalah "disguise” untuk bertemu Claire Brown untuk mencari jalan melepaskan diri dari RCI Forex.
Mahathir amat tertekan untuk menghadapi "proceeding RCI" kerana soalan yang akan dilontar oleh panel akan menjerutnya. Mahathir juga bimbang Anwar buat "U TURN" kenakan dia bila RCI ditubuhkan.
Sikap Anwar yang terbaru, berkeras bantah Mahathir menjadi PM dan sikap Wan Azizah tidak mahu Mahathir ada dalam mesyuarat Pakatan Harapan, resahkan Mahathir.
Jika dalam entri blog Che Det, dia boleh tulis apa sahaja sebagai “misleading” dan "diversion" untuk mengelirukan orang muda. Namun dalam proceeding RCI Forex, Mahathir akan sukar berbuat sedemikian. Ini kerana, masih ada banyak bukti bukti di arkib dan hansard parlimen. Laporan Bank Negara juga masih boleh dirujuk.
Saksi masih hidup lagi untuk memberi keterangan, termasuk Lim Kit Siang yang paling lantang mahu Mahathir dan Daim dipenjarakan sebelum ini. Sanggup tulis buku lagi mengenai skandal Mahathir.
Pemergian Mahathir ke kota London untuk berhari raya difahamkan adalah juga untuk bertemu Claire Rewcastle Brown untuk memberi "draft" kisah drama 1MDB bagi mengelak hanya kisah RCI Forex menjadi tumpuan ramai.
Umum tahu, apa apa cerita yang disiarkan oleh Sarawak Report (SR) adalah datangnya dari individu di Malaysia. Lalu mereka menyerahkan kepada SR kerana ada perlindungan “Speech Act” yang amat pro laporan bebas kepada media , tidak kira laporan itu palsu atau benar.
Ia juga kerana, laporan yang disiarkan oleh SR tiada nilai mahkamah atau pun “court value” untuk difailkan ke mahkamah di Malaysia. Ini kerana Mahkamah mahukan “hard evidence” dan bukan andaian atau setakat dakwaan sahaja.
Tambah lagi di Malaysia, pihak teraniaya dengan dakwaan palsu boleh membuat “counter sue” atau saman balas kerana “grievences’ dan kepayahan akibat dakwaan palsu.
Sebab itu kerja kerja jahat ini dibuat oleh Sarawak Report. Lihat pada isu tuduhan berlian? Mana transaksi dan gambar sebenar berlian? Ianya tidak ada, sebab hanya tuduhan semata mata.
Mahathir mahu alihkan meriam RCI Forex yang sedang menembaknya kepada meriam kisah drama 1MDB. Mahathir tidak percaya lagi pada orang lain. Banyak duit sudah dihabiskan. Sebab itulah untuk kisah baru ini, Mahathir sendiri yang pergi ke London.
Waktu Mahathir sedang tersepit dengan RCI Forex, Kit Siang sedang mengelabah takut ROS haramkan partinya. Sudah lima tahun, DAP gagal patuhi peraturan. Kit Siang gelabah menyalahkan orang lain sebagai punca DAP akan diharamkan.
Menjelang PRU13, Kit Siang berlakon menangis takut logo dan parti DAP digunakan dalam PRU13. Alasan yang sama, menyalahkan pihak lain. Hakikatnya, Kit Siang sendiri yang mengadakan mesyuarat DAP secara tidak sah, bila ada 120 cawangan DAP tidak didaftarkan.
Kini sesudah lima tahun, DAP masih lagi belum berani buat mesyuarat agung. Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw disisihkan oleh Kit Siang dan Guan Eng kerana bercakap perkara yang benar. Sekali lagi, Kit Siang buat drama bagi menagih simpati.
Kit Siang kata semalam dia hendak bersara dari politik. Bersara bukan niat sebenar Kit Siang, simpati adalah niat sebenarnya. Kalau hendak bersara, mengapa pegang jawatan sampai 51 tahun?
Sebenarnya Kit Siang tidak percaya orang lain untuk terajui DAP, melainkan anaknya sendiri. Sama seperti Mahathir, yang mahu sedaya upaya menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Kedua duanya kini tersepit. Satu dengan ROS, seorang lagi dengan RCI Forex.
Ada orang kata Mahathir lebih sayang kudanya dari ahli PPBM. Jika kudanya yang jumlah peruntukan makanannya sahaja melebihi puluhan ribuan jatuh sakit Mahathir akan lebih terusik dari berita ratusan ahli PPBM keluar parti atau bergaduh sama sendiri.
Mahathir sanggup naik jet peribadi pergi ke Argentina untuk melawat dan menunggang kudanya dari menjaga kebajikan ahli PPBM yang bolehlah kita anggap lebai malang kerana mereka adalah "macai sahaja" untuk mencapai perjuangan peribadi Mahathir dan konco konco kayanya.
Sama juga seperti Kit Siang, dia lebih sayang anaknya berbanding ahli ahli DAP di bawah. Sanggup menipu ahli demi kepentingan diri dan anak sendiri. Hendak jadi apa pun, jadilah. Sampai parti kena haram pun tidak mengapa, asalkan kepentingan diri terjaga.
Mahathir dan Kit Siang kini sedang berdrama. Entah sampai bila mereka berdua boleh melakulan lakonan ini. Nampaknya semakin hari, sudah ramai yang mula sedar diri. Mereka tidak sanggup ditipu lagi oleh kedua dua aktor lama ini.
Sumber : Beruang Biru
Related Posts:
Lebih Ramai Graduan Tidak Ada Kerja Di Zaman Mahathir Berbanding Zaman Najib Dalam Policy Talk yang dibuat Mahathir pada 17 Januari 2018 di Facebook Live, Mahathir kata bajet pendidikan dipotong. Tuduhan ini tidak benar. Dalam Bajet 2018, peruntukan untuk Kementerian Pengajian Tinggi meningkat 13.… Read More
Jawatan Perdana Menteri Sementara, Agenda Parti Pun Sementara Juga Segala galanya hanyalah sementara sahaja dalam pakatan pembangkang. Jawatan PM sementara, agenda parti sementara, entah entah pakatan pembangkang pun hanya sementara sahaja. Lepas PRU14, entah nama apa pula akan diberi kep… Read More
DAP Anggap Mahathir Sebagai Mahafiraun, Murtad & Umpama Pope Masuk Islam Tatkala Mahathir menghina orang jual nasi lemak dan jadi pemandu Uber. Tatkala Mahathir hina jemaah haji 1MDB. Tatkala Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib di Mekah. Dalam diam diam DAP mengutuk Mahathir di portal ra… Read More
Ekonomi Malaysia : Kena Dengar Cakap Institusi Kewangan Antarabangsa, Bukan Dengar Cakap Pembangkang Kalau dengar cakap pembangkang, semua benda dikatanya tidak betul. Negara hendak bankrup, negara hendak muflis, negara kena gadai, negara gagal sebab ada ramai orang jual nasi lemak dan bawa Grab serta macam macam lagi. Se… Read More
Pertikai Jemaah Haji 1MDB, Mahathir Buat Kerja Tuhan Tidak habis-habis nak pertikaikan ibadah orang lain. Minggu lepas, Mukhriz telah ditegur oleh mufti kerana mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke dalam Kaabah, kini giliran bapanya pula, Mahathir … Read More