By @MNA at 23:41:00
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa menyerbu pejabat Malaysiakini di sini atas dakwaan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.
Menurut laman web portal berita itu, dua buah komputer telah dirampas dalam serbuan tersebut.
"Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.
"Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan," lapor Malaysiakini.
Serbuan itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota yang datang dengan membawa waran geledah.
Dalam video yang dimuatnaik pada 26 Julai lalu Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.-mstar
Related Posts:
Tarif Elektrik Tak Naik, Apa Harga Barang Yang Turun?
Pakatan Harapan terpaksa menelan ludah mereka sendiri bila pengumuman kerajaan semalam untuk tidak menaikkan tarif elektrik sehingga akhir tahun 2020, tidak diikuti dengan pengumuman pengekalan atau penurunan harga barang … Read More
Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi
Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia. Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar … Read More
Apa Sahaja Yang Berkaitan Keperluan Hidup, Semua Mahu Berkira
Sudah menjadi tradisi, minggu terakhir cuti penggal persekolahan adalah masa untuk ibu bapa melengkapkan keperluan persekolahan anak masing-masing, terutama yang gemar memilih untuk melakukannya pada saat-saat akhir.
Cuti… Read More
Surat Terbuka Johari Ghani Membidas Fitnah Mahathir
Kehadapan Tun, 1. Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul "Dear Mr Johari" mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang … Read More
1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?
Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB. Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1… Read More