By @MNA at 11:30:00
Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.
"Soalnya bukan "siapa" dibiayai dan "kenapa". Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.
"Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu," katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk 'Being Abdullah Badawi', di sini, Isnin.
Menurut laporan media, satu kumpulan asing dipengerusikan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.
"Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagai mana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan," katanya. - Bernama
Related Posts:
Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang Untuk Orang Tua
Tidak dapat dinafikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan orang muda dan memastikan impian mereka diambil kira dalam pembangunan negara.
Mener… Read More
Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengkhianti Negara
Hujung bulan lepas, Mahathir jumpa wakil European Union, EU untuk minta campurtangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia.20 Februari nanti, Mahathir berjumpa pula dengan pemimpin politik dari Amerika Syarikat dalam usahany… Read More
Rumah Rakyat Dibatal, Pasukan Bola Disuruh Main Atas Padang Pasir
Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.
Projek rumah murah u… Read More
Anak Mahathir Yang Jutawan, Rakyat Di Bawah Makan Kuah Sahajalah.
Ini berlaku di zaman Mahathir bukan zaman Najib. Anak anak dia kaya sangat sangat, rakyat di bawah sekadar makan "ais sagat" sahaja lah.
Anak dia makan isi, tulang boleh dekat kroni, kuah sahaja rakyat boleh hirup. It… Read More
Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh
Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memih… Read More