Tuesday, 19 July 2016

Apa TSMY Dan MM Boleh Buat Dalam Parti Baru Sedangkan Dalam UMNO Pun Mereka Gagal.

Atas sebab melakukan onar kepada parti sendiri, maka individu bernama Muhyiddin dan Mukhriz di singkir oleh UMNO.

Keputusan untuk menyingkir kedua nya di putuskan oleh Majlis Tertinggi dalam mesyuarat mereka.
Ini kerana sedang majoriti ahli majlis tertinggi berusaha untuk menaikan nama UMNO dan membela UMNO, kedua mereka ini pula buat kerja sebalik nya.
Buka mulut sahaja , pasti menyerang parti sendiri dan Presiden sendiri.
Jadi amat sesuai dan layak lah mereka dipecat dan di jauhkan dari parti UMNO.
Nanti jika Tun Mahathir buka parti baru guna dana judi dan kroni boleh lah buat perkara sama dan lihat lah nasib bagaimana.
Persoalan nya , apa TSMY dan MM boleh buat dalam parti baru yang mereka tidak boleh buat dalam parti UMNO?
Jika niat untuk berkhidmat dan berbakti , sudah banyak peluang yang diberi selama berada dalam UMNO.
Malah  adakala nya perbuata dan keputusan TSMY banyak merosak kan UMNO dan terpaksa di tanggung oleh UMNO.
Kemarahan guru guru kepada UMNO juga ada dikatakan atas beberapa tindakan TSMY ketika jadi Menteri Pelajaran.
Malah pelajar terpaksa ambil peperiksaan dua kali juga berlaku diwaktu TSMY menjadi menteri pelajaran akibat kebocoran soalan peperiksaan.
Ini belum lagi kes yang cuba di sorok oleh Tun M seperti kes tanah dan skandal dengan isteri orang dimana beliau  memberi wang sebanyak 20K selama beberapa tahun sehingga kan terjadi kes tuntutan perceraian.
Selain itu kes BESTARI.Net dan persoalan wang peruntukan  nya juga sudah mula viral dilaman sosial.
Sambil itu TSMY dikatakan berada dalam mesyuarat meluluskan projek kepada menantu nya.
Ini jika difikirkan berkenaan hal NFC dimana Sharizat tidak pun berada dalam posisi meluluskan tetapi akibat permainan politik beliau terpalit, maka dengan itu dikritik di ejek dan dihentam dengan begitu dasyat nya di internet.
Maka atas sebab sama , jika kes tsMY meluluskan projek bernilai RM900 juta dimainkan nnnti tentu berpeluh TSMY mahu menjawap  nya.
Bagi Mukhriz pula, sepanjang hayat politik nya dibayangi oleh ayah nya.
Huru hara dalam negara sekarang ini pun akibat ayah nya mahu DS Najib melakukan sesuatu untuk menaikan Mukhriz, tetapi DS Najib lebih percaya dengan sistem demokrasi dari cara Tun Mahathir.
Akhir nya, apabila melihat masa depan Mukhriz malap , maka Tun mula bertindak atas nama 1MDB.
Mustahil PM tahun kapsul boleh jadi PM jika tanpa bantuan PM sekrang ini, begitu lah pemikiran Tun Mahathir.
Itu sebab nya Tun Mahathir tidak berani sebut siapa yang dia mahu ganti DS najib jika ditumbangkan.
Ini kerana jika dapat di tumbangkan awal tahun depan, mungkin Tun M akan naik kan PM boneka dahulu sebelum PM boneka menaikan Mukhriz.
Jika kajatuhan Najib makan masa sehinga beberapa tahun lagi , maka tiada ruang untuk PM boneka menjadi PM dalam waktu yang pendek , maka akan di ujudkan counsel of elders, yakni kumpulan orang tua menasihati kerajaan dan kemudian menobatkan Mukhriz.
Persoalan disini, kedua watak ini tidak efektif, kita faham Muhyiddin enggan menghebatkan kerajaan Najib atas sebab dia berniat mahu Najib di singkirkan jika boleh, itu sebab TSMY tidak mencapai KPI nya,
Kedudukan ini sama juga untuk Mukhriz, jika dia buat kerja hebat pun untuk kepentingan diri dan bukan parti. Ia sama ketika dia memerintah Kedah.
Paling penting kedua dua individu ini bukan satu kerugian kepada UMNO bahkan hampir jadi liabiliti.
Jika dalam kedudukan berkuasa dari parti UMNO pun tidak berkesan, sudah pasti dalam parti baru pun begitu juga.
Kita boleh tunggu dan lihat akan pandangan ini.

Related Posts: