Thursday, 23 June 2016

Bersekongkol Dengan DAP, Mahathir Gadai Prinsip Sendiri – Haron Din

haron-din

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan me­ngundang banyak perkara negatif.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa tindakan Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PAN akan membawa kemudaratan lebih besar kepada orang Melayu.

Haron yang juga Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berpandangan, Dr. Mahathir mungkin bersikap emosional kerana hasratnya untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjaya.

Beliau memberitahu, hasrat Dr. Mahathir sebelum ini dikatakan semuanya dapat dicapai.

“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah,” jelasnya.

Menurut Haron, sebagai seorang ahli politik veteran yang matang, Dr. Mahathir sepatutnya tahu apa yang beliau lakukan.

“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” katanya. – UTUSAN

Related Posts:

  • MUAFAKAT NASIONAL UNTUK SEMUA - ZAHID HAMIDI Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua. “Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap pe… Read More
  • Rasuah Lim Guan Eng Didakwa Di Mahkamah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan telah dihadapkan ke Mahkamah pagi tadi. Untuk makluman semasa pemerintahan PH kes ini telah digugurkan oleh peguam negara. Lim Guan Eng … Read More
  • Keadilan Tidak Menyebelahi Jumpa Di Mahkamah Rayuan - Najib Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.‬Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperb… Read More
  • Jika PAS Menyertai PN. Pendirian UMNO Tidak Berubah Selepas viral sebuah artikel berkaitan penyertaan PAS kedalam gabungan Perikatan Nasional yang menimbulkan kegusaran dikalangan ahli UMNO yang sayangkan gabungan Muafakat Nasional, akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, D… Read More
  • KEMAS Wujudkan Tabika Untuk Golongan M40 Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memberi jaminan tidak wujud istilah 'pilih kasih' dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan.Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dat… Read More