DS Zahid awal-awal memberikan idea ini di dalam posting Facebooknya. Beliau nampak cara ini dapat memastikan akses atau jurang pendidikan tidak melebar di kalangan rakyat tatkala negara masih dilanda Pandemik COVID-19 ketika ini dapat diatasi.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1976256515846249&id=188294724642446
Idea ini turut disokong oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi dengan berkata antara cadangan menarik yang dikemukakan oleh masyarakat awam melalui komen-komen dan maklum balas yang diterima di dalam posting Facebooknya sebelum ini termasuklah solusi jangka pendek iaitu menukar beberapa saluran televisyen (TV) milik kerajaan kepada TV Pendidikan sepenuhnya.
Berikut adalah cadangan-cadangan yang dapat dirumuskan daripada maklum balas yang dikemukakan oleh orang ramai:
1. Saluran percuma yang lebih meluas kepada rakyat boleh direalisasikan segera melalui hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi.
2. Kandungan saluran-saluran ini disusun mengikut jadual waktu subjek di sekolah berpandukan sukatan setiap setiap darjah dan tingkatan.
3. Pengajaran dilakukan secara interaktif dan menggunakan kaedah pembelajaran dengan pelbagai visual dan pedagogi yang menarik.
4. Saluran-saluran ini boleh berjalan sehingga jam 12 tengah malam dan kandungan subjek diulang siar bagi membolehkan ulang kaji dilakukan dan ibubapa turut terlibat membantu anak-anak yang kurang faham setelah pulang dari kerja.
5. Guru-guru hanya perlu memantau dan menilai tahap kefahaman dengan penyediaan siri-siri latihan tambahan, kuiz dan kerja-kerja rumah yang disediakan oleh pihak sekolah.
6. Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pihak stesyen TV swasta untuk menyelaraskan program serupa bagi mereka yang mempunyai akses kepada saluran TV berbayar seperti ASTRO.
Idea TV Pendidikan itu hanyalah sebahagian daripada solusi jangka pendek yang boleh dibuat waktu darurat ketika ini terutamanya dalam suasana pandemik yang belum berakhir.
Semoga dapat perhatian serius pihak Kementerian Pendidikan supaya tiada siapa yang tercicir daripada mendapat peluang pendidikan musim pandemik ini.