Kenapa UMNO/BN kalah? Agaknya Allah suruh kita muhasabah diri dan tak lupa diri.
Kenapa PH menang PRU 14 ?
Kenapa PH menang PRU 14 ?
Agaknya Allah nak tunjukkan Mahathir Muhyidin Shafie dan sekutunya bersekongkol dengan DAP dan Anwar waktu itu.
Kenapa Mahathir dan Shafie tak lama berkuasa ?
Agaknya Allah nak tunjuk bila bekas pemimpin UMNO hina UMNO dan zalimi pemimpin UMNO, tak panjang hayatnya berkuasa.
Itulah keramatnya parti UMNO. Muhyidin pun pernah hina dan balun UMNO sebelum ini.
Kenapa Allah beri dugaan dan cabaran sangat besar pada umno selepas kalah PRU 14 ?
Allah nak tunjukkan ada pemimpin umno yang tak setia dan tak ikhlas sanggup lompat parti dan fikir diri sendiri.
Kenapa Allah takdirkan Zahid Presiden umno bukan KuLi dan bukan KJ ?
Agaknya Allah nak tunjuk hanya zahid yang ada sentuhan dan semangat kuat bersama PAS sehingga terbentuknya MN dan penyatuan Ummah. Ini sejarah besar politik negara.
Kenapa PH porak peranda dan tak sampai 2 tahun tumbang dah jatuh?
Agaknya gelombang MN dan Penyatuan Ummah UMNO/PAS terlalu kuat. Penyatuan ini amat menggembirakan rakyat malaysia terutamanya orang melayu sehingga menjadi tsunami kepada PH.
Kenapa masih ada perpecahan dalam umno?
Kabilah dalam umno masih wujud. Masih ada yang tidak bersyukur dan masih ramai pemimpin umno fikir diri sendiri bukan fikir parti.
Adakah sinar atau peluang umno kembali berkuasa sepenuhnya ?
Sudah tentu ada. Tidak sampai 2 tahun, umno kembali menjadi sebahagian dari kerajaan adalah suatu kejayaan besar dan petanda baik umno walaupun masih ada dugaan dan cabaran.
Kenapa Zahid paling sesuai sebagai Presiden selepas kalahnya umno pada PRU14 ?
Mungkin kerana Zahid sangat cekal, sangat sabar dan sangat kental kesetiaannya.
Zahid juga sanggup melayani pelbagai watak pemimpin umno bila kalah.
Habis pemilihan umno Zahid lupakan kem-kem dalam umno. Habis pemilihan Zahid berulang kali bercakap jangan ada kabilah2.
Zahid juga punyai prinsip dan niat satukan semua pemimpin umno walaupun ada antaranya musuh dalaman dia sendiri.
Zahid juga cekal menerima tekanan dari dalam dan dari luar yang amat kuat. Zahid juga seorang yang tak pernah kecil hati dan dendam kepada pemimpin-pemimpin umno sendiri.
Prinsip zahid dalam waktu sebegini, dia perlu gembelingkan semua pemimpin-pemimpin umno dalam satu pasukan dan ada peranan masing-masing untuk kembali semula berkuasa.
Oleh itu, kita wajib redha takdir Allah Swt dan sesuatu yang berlaku semua adalah suratan bukan kebetulan.
Sekian, Terima kasih.
Wassalam.