Sunday, 24 January 2021

Lockdown Kini Wuhan Kembali Pulih Dari Covid 19


 

Setahun sudah berlalu kini dunia boleh menyaksikan Wuhan kembali pulih dari Pendemik Covid 19. 

Penularan jangkitan secara berleluasa memaksa pihak berwajib mengambil langkah Lockdown.

Pada 23 Januari 2020, dunia pertama kali menyaksikan langkah lockdown dilaksanakan di Wuhan selepas ibu kota wilayah Hubei di China itu dipercayai menjadi pusat wabak Covid-19.

Pada ketika itu, masyarakat antarabangsa turut terkejut dengan sekatan ketat termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal selama 76 hari yang dikuatkuasakan terhadap kira-kira 11 juta penduduk yang dilakukan dua hari menjelang sambutan Tahun Baru China.

Bandar itu ditutup sepenuhnya sehingga Jun 2020 bagi membendung penularan wabak tersebut dan terbukti kaedah lockdown berjaya mendatarkan keluk jangkitan.

Terkini keadaan bandar itu berubah sama sekali selepas genap setahun dengan penduduk menjalani aktiviti harian seperti biasa ketika kebanyakan negara antarabangsa sedang bergelut untuk mencegah penularan gelombang jangkitan baharu dan ancaman virus bermutasi yang telah menjangkiti lebih 98 juta orang dengan lebih 2.1 juta kematian direkodkan.

Situasi yang sama berlaku di Malaysia. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut dikenakan bagi menyekat wabak Covid 19 menular dan menjangkiti orang ramai.

Menurut Wang Yizhe, seorang penduduk "rasanya  Wuhan sudah agak selamat ketika ini berbanding wilayah lain,"

Ketika ini, beberapa wilayah di China berdepan lonjakan kes jangkitan hingga memaksa pelaksanaan semula langkah lockdown.

Pihak berkuasa kesihatan kini memberi tumpuan di kawasan timur laut Beijing selepas dianggarkan 19 juta penduduk di bandar Shijiazhuang dan wilayah Hebei, Jilin serta Heilongjiang berdepan sekatan ketat tersebut.

Pandemik itu dan langkah lockdown secara berkala telah memberi impak besar kepada ekonomi negara terbabit yang turut menyaksikan jutaan rakyatnya kehilangan pekerjaan dan pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh lebih empat dekad.

Kami sudah membuat hipotesis. Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari mana virus itu bermula sama ada di China atau tidak," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Sumber - Agensi