Sudah semakin lantang kedengaran suara-suara menghentam presiden. Kononnya suara akar umbi. Bila diselidik rupanya suara orang muda. Mana letak hormat kepada ketua? Bersatu. Bersetia. Berkhidmat sudah bungkus ikat tepi ?
Perlu ditegaskan di sini bahawa Presiden UMNO adalah institusi yang perlu pertahankan waima apa jua keadaan yang berlaku sekalipun.
Kita diajar untuk menghormati hak seluruh perwakilan UMNO yang telah memberikan sokongan serta dokongan kepada Presiden mengepalai parti.
Selain dari itu Presiden DS Zahid Hamidi tidak pernah meninggalkan perjuangan UMNO seperti mana pengkhianat-pengkhianat amfibia itu.
Tak cukup dengan itu Presiden setia mengembleng parti walaupun dalam keadaan yang amat perit.
Kami sentiasa menghormati & memberikan sokongan kepada Presiden termasuklah pada ketika Pak Lah mahupun DS Najib Razak memikul amanah tersebut.
Pada ketika DS Najib diserang dengan pelbagai tohmahan, kami tidak pernah menyimpang dari menyatakan sokongan kerana tugas & amanah kami amat percayakan pucuk pimpinan.
Kalau bukan ahli UMNO sendiri yang pertahankan pucuk pimpinan & Presiden siapa lagi ?
Makanya kepada pihak2 diluar sana yang sedang cuba memusnahkan reputasi Presiden & Parti UMNO, aku nak ingatkan ada jutaan ahli UMNO yang faham maksud BERSATU, BERSETIA & BERKHIDMAT .. Insyaallah akan kami pertahankan hingga hujung nyawa.
Sama ada kamu rakan atau musuh politik, jika usaha kamu menjurus kepada kerosakan aku nak ingatkan bahawa UMNO tak sebodoh kamu.
Teruskan memimpin Mr Presiden, kami diakar umbi sentiasa bersama.