Sunday, 3 November 2019
DR MASZLEE TIPU RAKYAT TIADA PERUNTUKAN PSP DAN BAUCAR BUKU DALAM BELANJAWAN 2020!
By @MNA at 12:43:00
Kegagalan YB Menteri Pendidikan Malaysia Dr Dr Maszlee Malik menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh YB Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong kelmarin mengenai status Program Sarapan Percuma (PSP) amat mengejutkan.
Semakan pada Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 B/P. 63 Kementerian Pendidikan mendapati tiada peruntukan khusus dalam Belanjwan 2020 untuk PSP yang dianggarkan mencecah RM1.67 billion sebagaimana yang diumumkan YB Menteri sebelum ini. Sebaliknya program Kerajaan BN terdahulu iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) masih menerima peruntukkan berjumlah RM 295,120,000 dibawah Butiran 081200.
Demikian juga dengan status Program Baucar Buku RM250 seperti yang dijanjikan Dr Maszlee untuk diperkenalkan semula pada tahun 2020, di hadapan mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 4 Mac 2019 lalu. Ternyata tiada langsung tercatat peruntukan untuk Program Baucar Buku RM250 dalam Belanjawan 2020.
Persoalan yang bermain di fikiran rakyat:
Apakah benar Program Sarapan Percuma dan Program Baucar Buku ini akan bermula 1 Januari 2020 sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sedangkan tiada peruntukan khusus yang disebut dalam Belanjawan 2020?
Apakah YB Menteri Pendidikan ada berbincang atau berwhatsapp dengan YB Menteri Kewangan mengenai program-program besar ini sedangkan langsung tidak disebut dalam ucapan mahupun dicatatkan dalam mana-mana bahagian dalam Belanjawan 2020?
Apakah peruntukan RM295 juta untuk RMT dalam Belanjawan 2020 memberikan isyarat dasar kerajaan BN terdahulu ini lebih berkesan untuk diteruskan berbanding idea PSP YB Menteri?
Apakah nasib PSP dan Baucar Buku ini akan menjadi seperti janji YB untuk menghapuskan tol Simpang Renggam dan bersedia untuk membayar kembali tuntutan bayaran balik tol oleh pengundi Simpang Renggam?
Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak penjelasan segera daripada pihak YB Menteri Pendidikan kerana ia melibatkan harapan rakyat. Cukuplah rakyat ditipu sekali lantaran kegagalan PH melaksanakan janji Manifesto PRU14.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Related Posts:
Gaduh Rebut Kerusi Bukti Pembangkang Tidak Berpakat & Penuh Dengan Sandiwara Sejak Mahathir masuk pembangkang pada pertengahan 2015 hinggalah sekarang, pakatan pembangkang itu semakin kucar kacir dan huru hara. Mahathir bawa agenda mahu anaknya jadi Perdana Menteri. Anwar masih mahu jadi Perdana M… Read More
Isu Pemegang Saham Projek Terowong Guang Eng Tipu - CRCC China Railway Construction Corporation (CRCC) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi pemegang saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) berhubung projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri Pulau … Read More
Muak Dengan Skandal Guan Eng, BN Dijangka Menang 20 Kerusi Rakyat sudah mulai muak dengan temberang dan penipuan demi penipuan yang dilakukan Guan Eng. Rumah dibeli murah salahkan tiada kolam. Banjir kilat berlaku disalahkan taufan. Tanah runtuh salahkan kontraktor. Kilang haram … Read More
BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gaduh Sama Sendiri Pada ketika Barisan Nasional (BN) sibuk menjalankan tugas untuk rakyat, parti-parti dalam pembangkang sibuk bergaduh sesama sendiri. Minggu lepas, bergaduh di Negeri Sembilan sebab agihan kerusi. Dua tiga hari lepas,… Read More
Gandingan Sultan Muhammad V Dan Najib Razak Terbaik Buat Malaysia Semalam Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat melawat Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, jabatan kerajaan pertama dilawati baginda sejak menaiki takhta… Read More