Thursday, 17 October 2019

IMDB Komplot Untuk Jatuhkan DS Najib Razak


Kebenaran semakin tersingkap. Selepas diasak bertalu-talu oleh peguambela, Tan Sri Shafee Abdullah, tadi saksi ke-9 perbicaraan 1MDB, Shahrol Azral terkedu dan seolah-olah tidak tahu apa nak jawab.

Walaupun tak hadir mesyuarat, Shahrol tandatangan satu minit mesyuarat palsu, kononnya minit mesyuarat Pengerusi Lembaga Penasihat bersama Shahrol sendiri sbgai CEO 1MDB, tanpa mengetahui isi kandungan dan kononnya kerana mematuhi arahan Jho Low dan Najib

Tapi, apabila ditekan peguam Najib, iaitu Tan Sri Shafee, ternyata apa yg berlaku adalah Shahrol menandatangani minit mesyuarat palsu atas arahan Jho Low

Adakah terdapat bukti Najib yg arahkan Jho Low supaya Shahrol sign dokumen tu? Tak ada

Ini mengukuhkan lagi hujah pembelaan bahawa seluruh skandal 1MDB adalah sebuah komplot yg mahu menjatuhkan kredibiliti politik Dato' Seri Najib

Sebelum itu, Tan Sri Shafee juga mendedahkan bahawa 1MDB bukanlah brainchild atau cadangan oleh Dato' Seri Najib Razak tetapi ianya bermula sebagai TIA, Terengganu Investment Authority. CEO 1MDB, Shahrol Azral sahkan yang Jho Low sendiri membawa Tuanku Sultan ke Abu Dhabi yg kemudiannya menghasilkan TIA

Hubungan antara Tuanku Sultan dgn Jho Low menjadi buruk dan TIA kemudiannya diserahkan kpd Najib utk menyelesaikan masalah kerana TIA tidak boleh ditutup sewenangnya disebabkan oleh satu bond IMTN RM5 billion telahpun diissue oleh Ambank secara tergesa-tergesa, dan kemudiannya TIA ditukar kpd 1MDB. 

Masa tu Jho Low telahpun meletakkan Shahrol sbgai CEO, dan Casey Tang dilantik ke dalam 1MDB tanpa kebenaran drpd Najib seperti yg digariskan oleh Artikel 117

Shahrol mengakui yg Jho Low telah meletakkan orang-orangnya di tempat strategik di dalam 1MDB dan juga mempengaruhi lantikan Goldman dan Ambank

Shahrol, Amhari dan sekumpulan pegawai-pegawai Ambank dan Goldman menerima bermacam ganjaran drpd Jho Low dan ada yg menerima ganjaran tunai beratus ribu ringgit

Sebagai satu lagi bukti bahawa Najib tidak mengetahui tentang pergerakan jahat di dalam 1MDB, Tan Sri Shafee mendedahkan yang Najib bersetuju dgn arahan audit JAN keatas 1MDB, akan tetapi Shahrol menulis surat utk menghalang audit tersebut atas arahan Jho Low. Ini membuktikan dgn jelas komplot Jho Low, Shahrol dan kumpulan mereka

Shahrol kemudiannya mengaku tak ada sebab mengikut arahan Jho Low dan sekarang dia sedar Jho Low adalah penipu

Minggu depan akan bermula sesi baru soal balas saksi ke-9, Shahrol Azral, berkenaan isu Aabar palsu pula
- syed Jamalulail