AS Komited Untuk Kenakan Kadar Pos Baru, Bakal Beri Impak Kepada Perkhidmatan Pos Sedunia.
Mesti ada yang mengeluh kerana caj perkhidmatan yang dikenakan amat mahal kan? Percaya atau tidak sekiranya Admin kata caj perkhidmatan POS tersebut bakal dinaikkan dan menjadi lagi mahal?
Ya, betul. Ini semua gara-gara negara Amerika Syarikat (AS) diberitakan mahu menetapkan sendiri kadar “Terminal Dues” mereka selepas berlangsung Kongres Kesatuan Pos Sedunia (UPU) di Geneva pada 24-26 September lalu.
Untuk pengetahuan semua, telah berlangsung satu Kongres UPU yang telah diadakan untuk mencapai kata sepakat bersama pihak Amerika Syarikat (AS) supaya kuasa dunia itu tidak keluar daripada UPU. Selepas berbincang, kadar pos alternatif telah dipersetujui supaya AS dapat terus kekal sebagai ahli UPU. Tapi dengan satu syarat, AS dibenarkan untuk menetapkan sendiri kadar “Terminal Dues” mereka.
Adakah syarat itu akan menyebabkan kawalan sepenuhnya caj kadar "Terminal Dues" oleh pihak Amerika Syarikat (AS) dalam perkhidmatan POS?
Kemungkinan pengguna perkhidmatan POS akan beralih kepada syarikat lain yang juga menjalankan perkhidmatan yang sama dengan harga yang lebih kompetitif?
Menurut sumber, pihak Amerika Syarikat (AS) akan terus menaikkan caj Kadar Bayaran "Terminal Dues" mereka mulai Julai 2020. Justeru, Malaysia akan menyaksikan kenaikan kos penghantaran ke Amerika Sysrikat (AS) kepada lebih 210%. Wow, banyak tu! Kenaikan caj yang dikenakan terlalu tinggi!
Kenaikan caj kadar Terminal Dues tersebut bukan saja di Malaysia, tapi negara-negara lain juga bakal membuat perubahan kadar secara berperingkat bermula tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, sebanyak 30% kenaikan jumlah kos penghantaran bakal dilihat bermula Januari 2020 dan ia akan dikemaskini sekali lagi pada tahun 2021.
Janganlah terkejut sekiranya pengguna perkhidmatan POS bakal melihat kenaikan kira-kira 50% kepada jumlah kos penghantaran bungkusan ke mana-mana 192 ahli negara UPU.
Pos Malaysia Jadi Entiti Penting
Selain isu perdagangan antara pihak Ameria Syarikat dan China, perkara ini juga disebabkan kenaikan kos penghantaran secara global. Ini dirasai oleh perkhidmatan POS dunia yang lain seperti kos bahan api, kos penyelengaraan, gaji dan lain-lain. Belum campur alamat yang makin bertambah setiap tahun!
Di Malaysia saja, penambahan perkhidmatan sebanyak 28% untuk alamat secara purata disaksikan setiap tahun – dengan jumlah 9.2 juta untuk alamat yang perlu diberikan perkhidmatan pada ketika ini. Banyaknya! Ini juga akan memberi impak kepada kadar POS Domestik!
Justeru, diharapkan Pos Malaysia terus menjadi entiti yang penting dalam menyediakan perkhidmatan hantaran untuk semua kerana ia mempunyai rangkaian cawangan dan capaian terluas, terutama sekali ke kawasan-kawasan pendalaman yang memerlukan bekalan ubat-ubatan secara konsisten atau dokumen penting yang tidak terjangkau oleh perkhidmatan kiriman yang lain.
Dalam masa yang sama mesti semua pernah membeli barangan dalam perkhidmatan secara online dan alamat rumah pembeli online berada di luar liputan, secara tidak langsung mesti khidmat kiriman tu akan berurusan dengan perkhidmatan Pos Malaysia kan? Sebab, Pos Malaysia ada capaian terluas setakat ini!
Jika dilihat secara logik, Lembaran baru bagi POS Malaysia untuk menilai semula operasi mereka dalam dunia serba digital. POS Malaysia harus berdaya saing dalam perkhimatan yang semakin mencabar.
Terutama sekali dalam mengimbangkan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia sebagai perkhidmatan POS Malaysia dengan lebih efisien dan pada masa yang sama lebih berdaya saing. Sebenarnya ia adalah cabaran yang agak besar, tetapi tidak mustahil untuk Pos Malaysia.
Semoga POS Malaysia tetap kekal Relevan dan menjadi antara yang terpenting dalam perkhidmatan kepada rakyat.
*Peratusan yang dinyatakan adalah anggaran semata-mata.