Tuesday, 15 October 2019
Sumber Tabung Harapan Dari Gengster Tidak Dikenakan AMLA Atau Akaun Dibekukan ?
By @MNA at 17:20:00
Bolehlaa.. sendiri bikin almaklum la PH sudah jadi kerajaan sekarang ye tak ?
Dato Sunny Coco mengaku dia adalah ahli kepada gangster Kumpulan 24. Melalui video yang tular dia juga mengaku memberi sumbangan RM50K kepada Tabung Harapan. Baca di sini. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500526/polis-akan-jemput-sunny-coco
Dengan angkuh dia mendakwa dirinya adalah penyokong tegar DAP. https://thecoverage.my/news/sunny-coco-donated-rm50000-to-tabung-harapan-out-of-love-for-the-country/
Itu bermakna Tabung Harapan menerima sumber duit haram dari kumpulan gangster . Mungkin ada banyak lagi sumber seperti itu.
Kalau begitu kenapa akaun Tabung Harapan tidak dibekukan dan tidak disiasat di bawah AMLA.
Opppps saya lupa. Kerajaan PH hari ini mana ada rule of law.
29 laporan Polis telah dibuat terhadap Datuk Amhari Nazaruddin iaitu saksi pendakwa dalam kes SRC dan 1MDB Ds Najib. Laporan Polis itu mendesak supaya Amhari disiasat di bawah AMLA kerana dia mengaku telah menerima wang sebanyak RM3.7 Juta yang dimasukkan dalam akaun BSI miliknya
Kita juga hairan kerana SPRM telah menyenaraikan 80 individu dan entiti yang dikompoun sebanyak RM2.5 kerana menerima dana dari 1MDB.
Macam mana Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh berbohong kerana mendakwa individu berkenaan menerima dana melebihi RM500K. Sedangkan kebanyakannya hanya menerima antara RM100-200K.
Lebih menghairankan nama YB Mas Ermieyati MP Masjid Tanah yang melompat parti terkeluar dari senarai.
Lagi pun kes 1MDB ini masih dalam perbicaraan. Belum dibuktikan ia adalah wang curi dari 1MDB. Apakah SPRM ini ditadbir secara profesional? kenapa 80 individu dan entiti berkenaan mahu dikompoun?
Sedangkan bukti depan mata seperti pengakuan Sunny Coco dan Amhari tidak diambil sebarang tindakan.
Mohd Puad Zarkashi
Related Posts:
Pembangkang Yang Berfakta Mempopularkan Datuk Seri Najib Datuk Seri Najib Tun Razak bekas perdana menteri kini dilihat kembali popular selepas menjadi pembangkang terutamanya di media sosial. Ini kerana beliau bercakap menggunakan fakta. Kepopularan Datuk Seri Najib berer… Read More
Benarkah Rombakan Kabinet Melibatkan Menteri Dari PPBM Bakal Berlaku ? Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melakukan rombakan kabinet bulan depan sebelum tahun baru 2019 bagi melicinkan lagi jentera kerajaan.Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri R… Read More
Bank Negara Malaysia Umumkan Rizab Negara Merudum Jatuh Lagi. BNM baru mengumumkan kedudukan rizab antarabangsa negara. Ia jatuh lagi kepada US$101.7 bilion selepas PRU14 dan mengalami trend menurun akibat pengaliran keluar berterusan dana pelabur asing dari negara. Sebelum i… Read More
Belanjawan 2019 Memotong Banyak Peruntukkan Persekolahan Meneliti belanjawan 2019 yang telah dibentangkan, sememangnya amat mengecewakan. Ternyata apa yang dibentang langsung tidak mesra rakyat. Kerajaan BN telah membantu persiapan persekolahan anak-anak rakyat sejak tahu… Read More
Fenomena Najib Turun Ekonomi Kukuh Propaganda PH Kencing Rakyat DS Najib Razak berkata fenomena jika beliau sudah tidak berkuasa menjadikan negara bertambah kukuh sebagai suatu pembohongan HARAPAN yang menggambarkan keadaan negara semuanya baik."Dalam bahasa mudahnya, kerajaan HARAPAN… Read More