Thursday, 5 December 2019
Bukan Sahaja Melayu Tetapi Ada Orang Cina Marah Isu Abu Cheng Peng
By @MNA at 17:49:00
“Kalau kamu musuh negara, kamu pilih jalan kamu dan jangan sekali kau menapak kembali ke tanah ini. Ia merupakan hinaan kepada mereka yang terkorban, tercedera dan balu yang hidup tanpa suami semasa perjuangan menentang komunis. Jangan kurang ajar dengan tanah air kita. saya menyatakan pendirian saya,” kata seorang netizen berbangsa Cina dalam Facebook.
Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng menyelar sikap dan tindakan sesetengah rakyat Malaysia dalam isu abu mayat Chin Peng.
“Saya orang Cina. Saya tidak setuju abu Chin Peng di bawa masuk. Kerana ramai bukan sahaja pihak keselamatan terkorban, tetapi ramai rakyat sengsara. Ini bukan pasal abu Cina, Melayu atau India atau perkauman. Ia soal patriotisma negara.
Baginya tindakan tindakan bekas anggota PKM dan dalangnya bertentangan dengan patriotisma negara.
“Kami tak mudah lupa sejarah. Kami tak mudah lupa.
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman di tembak mati 7 Jun 1974. Tan Sri Khoo Choo Kong (Ketua Polis Perak) di tembak mati 13 November 1975. Keluarga mereka hilang ayah dalam sekelip mata.
“Kami bukan takut pada abu Chin Peng. Ia adalah pengkhianat negara terbesar dalam sejarah. Ideologi yang menyebabkan huru-hara negara. Berapa ramai askar dan polis mati di tangan komunis? Mengapa rakyat marah? Mesti ada sejarah dan sebab. Kita anak Malaysia protes sekeras kerasnya.
“Walaupun nasi sudah jadi bubur, kami kena rakamkan protes kami. walau sekali pun abu sudah di tabur, kami tetap rakamkan protes kami dan jangan kurang ajar cuba mengotorkan bumi malaysia,” tegas Uncle Kentang lagi.
Sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengaku membawa balik abu Chin Peng. Begitu juga pihak yang terlibat dalam majlis di Kajang.
https://www.buletinasia.com/isu-komunis-uncle-kentang-lebih-cerdik-daripada-menteri-ph/
Related Posts:
Ringgit Paras Tertinggi Berbanding Dolar AS Sejak May 2016 Nilai Ringgit naik ke paras tertinggi berbanding dolar AS kepada 3.9365 pada hari Jumaat, yang paling kukuh sejak Mei 2016. Pada jam 11.10 pagi, ia berada pada 3.9383 berbanding dolar AS. Ia naik 0.42% ‘on-day’. Ketua p… Read More
Hina Orang Jual Nasi Lemak Dan Pemandu Uber, Tanda Mahathir Sudah Terdesak Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hin… Read More
Jawatan Perdana Menteri Sementara, Agenda Parti Pun Sementara Juga Segala galanya hanyalah sementara sahaja dalam pakatan pembangkang. Jawatan PM sementara, agenda parti sementara, entah entah pakatan pembangkang pun hanya sementara sahaja. Lepas PRU14, entah nama apa pula akan diberi kep… Read More
Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14 Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian kajian sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM s… Read More
Berita Baik! Semua McDonald's Selepas Ini Ada Surau SYUKUR… Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua restoran baharu dibuka dan bakal diubah suai di seluruh Malaysia.Pengarah Operasi McDonald’s Malaysia, Mohd. Fairu… Read More