Friday, 2 August 2019

SUDAHKAH KAMU PULANGKAN RM100 BILLION ASSETS UMNO? - Raja Petra


Itu soalan cepu emas yang pasti tidak akan dijawab oleh PM-4 dan PM-7. Beliau yang menyorok kesemua harta karun cuba pulak menyalahkan BN. Hemm, mungkin sudah nak buang tebiat orang tua ini? MasyaAllah!

Ini maksud sebenar Tun M, konon kerajaan BN terdahulu banyak 'sorok duit' di luar negara sehingga kerajaan PH hari ini sukar untuk pulih ekonomi sebab tak reti mengurus..

Selain MAHB yang mempunyai lapangan terbang ke dua terbesar di Turki ada banyak lagi BN 'sorok duit' di luar negara. Contohnya...

Cerita IHH Berhad bermula dengan kumpulan Hospital Pantai.
Pada tahun 1995, kumpulan Hospital Pantai dijual oleh Berjaya milek Vincent Tan, kroni Tun M kepada anak PM ke-4.

Seterusnya, kumpulan Pantai mendapat konsesi FOMEMA dan konsesi untuk membekal ubat dan penyelenggaraan untuk 25 hospital kerajaan diberi kepada Hospital Pantai melalui syarikat Pantai Medivest.

Kemudiannya, anak PM ke-4 jual Hospital Pantai kepada seorang peniaga Cina yang bernama  Lim Tong Yong pada tahun 2001.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2010/07/31/parkways-long-history-with-malaysia/
Selepas bertukar tangan, Lim seterusnya menjual Pantai kepada syarikat Parkway Singapura yang juga pemilik hospital dan pusat perubatan terbesar di republik itu.

Pada tahun 2006 pula, kerajaan Malaysia melalui Khazanah di bawah PM ke-5 Pak Lah membeli balik kumpulan hospital Pantai dari Parkway Singapura kerana konsesi FOMEMA dan konsesi membekal kepada hospital kerajaan dianggap tidak patut berada di dalam tangan pemilik asing.

Pada tahun 2010 selepas saya menjadi PM, syarikat IHH Healthcare Berhad ditubuhkan dan ktia membida untuk membeli kumpulan Parkway.

Pertarungan agak hangat masa itu kerana kumpulan Fortis dari India juga ingin mengambil alih Parkway.

Akhirnya, kita berjaya membeli Parkway.
Kumpulan Parkway, Kumpulan Pantai dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dimasukkan ke dalam IHH Berhad menjadikan IHH sebagai pemilik hospital swasta terbesar negara Malaysia dan Singapura.

Pada tahun 2012 pula, IHH berhad membeli kumpulan Achibadem dari Turkey.
Ini sekaligus  menjadikan IHH sebagai pemilik hospital terbesar di Turkey.
Pada tahun itu juga, syarikat IHH Berhad disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Tahun kemudiannya, IHH Berhad pula mendapat konsesi untuk membina hospital di Hong Kong dan seterusnya di bandar Chengdu dan Shanghai di negara China juga.

Masuk tahun 2015 pula, IHH Berhad  mula berkembang kepada negara India dengan membeli kumpulan Continental Hospitals dan Global Hospitals India.

Tahun 2016 agak bersejarah untuk IHH Berhad. Pada tahun tersebut IHH menjadi syarikat perubatan terbesar di negara Bulgaria dengan pembelian Tokuda Hospitals dan City Clinic di negara itu.

Tahun 2016 itu juga, IHH Berhad membuka hospital pertama mereka di bandar Yangon, Myanmar.
IHH Berhad kemudiannya mendapat kebenaran untuk membina Hospital Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil bersebelahan dengan Universit IMU.

Hospital Gleneagles Hong Kong juga mula beroperasi pada tahun 2017 ini.
IHH Berhad kemudiannya membeli kumpulan Fortis India yang pernah bertarung dengan IHH untuk membeli Parkway Singapura pada tahun 2010.

Dengan pembelian ini, IHH Berhad juga menjadi kumpulan hospital kedua terbesar di negara India.
Ya dalam tempoh 8 tahun sejak IHH ditubuhkan, banyak negara asing telah "jual negara" kepada kita tanpa Rakyat menyedari.

Pada tempoh ini, pendapatan IHH Bhd naik dari RM800 juta setiap suku kepada RM3.6 bilion.
Pendapatan tahunan IHH Bhd juga mencecah RM11.5 bilion dan nilai pasaran kumpulan itu mencecah RM55 bilion pada bulan sebelum PRU14.

Selepas PRU14 pula, barisan pimpinan Khazanah Nasional yang banyak berjasa telah ditukar oleh kerajaan PH.
Seterusnya kerajaan PH pula menjual kepentingan saham Khazanah dalam IHH Berhad kepada syarikat Misui Jepun.

Dengan itu, Khazanah bukan lagi pemilik saham terbesar satu-satunya syarikat Malaysia bertaraf antarabangsa.
Sebaliknya, Jepun menjadi pemilik terbesar IHH iaitu kumpulan hospital swasta kedua terbesar di dunia dengan 83 buah hospital di 12 negara.

Lagi bertambah dukacita ialah bila Menteri Kewayangan ambil kira penjualan ini untuk claim "pelaburan asing tertinggi dalam sejarah" pada bulan Mei lalu.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/18/jual-aset-kini-dipuji-sebagai-fdi-najib-sindir-guan-eng/
Sanggup dia claimed begitu cuma kerana nak publisiti murahan untuk orang kekal memuji dia?

Bacaan lanjut: รพ://www.ihhhealthcare.com/milestones.html
Keterangan di atas sebenarnya dengan tegas mengesahkan bahawa Tun M adalah PM yang paling korup dan orang yang kedua terkaya di dunia. Bukan saya cakap tapi George Soros.

Raja Petra

Wallahua'lam