Saturday, 3 August 2019
MTUC Sahkan Terima Aduan Memo Larangan Solat
By @MNA at 22:24:00
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesahkan menerima aduan dari pekerja di Hond Tat Industries Sdn. Bhd. (Hond Tat) berhubung memo larangan solat bagi umat Islam sewaktu bekerja.
Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, seorang pekerja Hond Tat telah menghubunginya pada 30 Julai lalu dan bertanya tentang hak pekerja berhubung waktu solat.
Katanya, pada keesokan hari beliau menerima gambar memo yang menyatakan pekerja tidak dibenarkan sembahyang kecuali pada waktu makan tengah hari dan akan didenda RM500 untuk setiap kesalahan.
Ujarnya, menyedari kemungkinan berlaku pencabulan Akta Pekerjaan 1955 beliau segera mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengenai memo itu.
“Sebaik sahaja saya menerimanya, pagi itu kami menghubungi JTK Putrajaya yang kemudian mengarahkan JTK Selangor untuk menyiasat perkara itu,” katanya seperti dipetik Portal Malaysiakini.
Gambar memo berhubung larangan waktu solat itu sebelum ini tular dan mendapat kecaman warga maya yang rata-rata menyifatkannya sebagai melanggari hak keagamaan pekerja terutama bagi beragama Islam.
Semalam, pengurus operasi Hond Tat yang tidak dinamakan dilaporkan memberitahu New Straits Times bahawa memo bertarikh 30 Julai itu palsu.
Abdul Halim berkata, beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa memo itu sebenarnya dikeluarkan oleh kilang berkenaan.
“Walaupun ia tidak ditandatangani, notis itu dipaparkan di papan notis di kilang. Ia tidak dihantar kepada pekerja individu tetapi didedahkan sebagai notis am kepada semua kakitangan.
“MTUC percaya memo itu dikeluarkan syarikat itu kerana ia mempunyai kepala surat syarikat dan ia dilihat di premis syarikat,” katanya.
– UTUSAN ONLINE
Related Posts:
#PRK P.093 Dan P.067: Parti Mat Sabu PAN Perlekeh Parti Azmin PKr Menentang BN dan PAS Di Kedua PRK. PAN memperlekehkan keupayaan PKR untuk menentang Pas dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar serta Parlimen Kuala Kangsar. Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, PKR … Read More
#PRK SG BESAR P.093: Ketepikan Perbezaan Pendapat Demi Kemenangan BN - TPM Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat dan kepentingan peribadi demi memastikan BN mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar 18 Jun ini… Read More
#PRK P.093 SG BESAR: Puteri UMNO Sg Besar Sudah Bersedia Puteri UMNO Sungai Besar sudah bersiap bersedia untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) mengadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan berlangsung 18 Jun ini. Ketuanya, Widia Wati Abuzar berkata, … Read More
Jawatankuasa Induk Pastikan Agenda Kerajaan Negeri Kedah Lancar - Ahmad Bashah ALOR SETAR: Sebuah jawatankuasa induk akan dibentuk bagi memastikan agenda yang dirancang kerajaan negeri berjalan dengan lancar, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata, jawatank… Read More
#PRK P.093 SG BESAR : Puteri UMMO Sg Besar Sudah Bersedia. Puteri UMNO Sungai Besar sudah bersiap bersedia untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) mengadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan berlangsung 18 Jun ini. Ketuanya, Widia Wati Abuzar berkata,… Read More