Friday, 2 August 2019
Adik Naja Mendoakan Kesejahteraan DS Najib
By @MNA at 19:10:00
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan insan istimewa seorang hafiz cilik yang lumpuh otak, Muhammad Naja Huda Afifurrohman Al-Hafiz, 9, di kediamannya, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.
Sesi pertemuan itu diadakan hasil kerjasama antara KKPUM dengan Syabab Care Malaysia atas permintaan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu dan bermesra dengan kanak-kanak istimewa tersebut.
Adik Muhammad Naja telah melakukan siri lawatannya di Malaysia dan selepas bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, DS Najib pula memohon izin untuk mengambil peluang bermesra dengan kanak-kanak berkenaan.
“Jadi, secara kebetulan beliau mengadakan program meraikan kira-kira 30 pelajar tahfiz sekitar Kuala Lumpur, beliau menjemput Muhammad Naja untuk bersama-sama dalam majlis itu untuk bermesra dan berjumpa dengannya.
Semasa majlis tersebut, DS Najib serta tetamu yang hadir berkesempatan mendengar alunan bacaan al-Quran oleh kanak-kanak tersebut selain menguji kecekapannya dalam mengingat surah dan ayat dalam 30 juzuk al- Quran.
Meskipun dia mengalami kekurangan, namun masih lagi mampu untuk memhafaz ayat al-Quran dengan baik dan sekarang dia dalam usaha untuk menghafal setiap makna dalam ayat-ayat al-Quran.
Dalam pertemuan itu juga, adik Muhammad Naja turut mendoakan kesejahteraan kepada DS Najib sekeluarga atas ujian yang menimpa beliau.
Related Posts:
Agong Titah Pertahan Institusi Kesultanan Kedah KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Aong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah supaya setiap Ahli Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah menjaga dan mempertahankan institusi kesultanan negeri itu. Baginda ber… Read More
HIMPUNAN Veteran UMNO Perak 2016 Hari ini bersamaan 3 April 2016 telah berlangsung Program Perjumpaan Veteran UMNO Perak di rumah YAB MB BESAR Perak Kehadirin terdiri dari Presiden Veteran UMNO Malaysia TAN SRI TAJOL ROSLI GHAZALI Pengerus… Read More
Pengganas Perlu Dihalang Daripada Mendapat Dana – Ahmad Zahid WASHINGTON – Dalam membendung keganasan, terdapat keperluan untuk menghalang para pengganas daripada mendapatkan dana dan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdan… Read More
Demonstrasi Jalanan, Kempen Tandatangan Bukan Cara Tukar Kerajaan - Najib LIMBANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar tidak terikut-ikut dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan ditukar melalui demonstrasi jalanan dan kempen tanda tangan."Itu tidak ada da… Read More
Mahathir Sudah Ter Pisang Dan Tidak Hadir Dalam Demo Bantah GST.. Ketika ramai peserta demo Bantah GST yang berlangsung kini menunggu kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, satu perkhabaran yang diterima dari bilik operasi penganjur, Parti Amanah Negara membe… Read More