Saturday, 18 May 2019
Tiap-Tiap Bulan Keluar BON. Tiap - Tiap Bulan Kerajaan PH Meminjam ?
By @MNA at 12:38:00
Saya tunjukkan lagi taktik PH untuk menipu Raykat.
Di sini, Tony Pua kata langkah BNM terbitkan bon setiap bulan untuk menguruskan defisit kerajaan itu perkara biasa sahaja.
Bahasa yang amat cantik dan sofistikated.
Tapi apa maksudnya?
Kerajaan terbitkan bon = kerajaan gunakan bon pinjaman untuk pinjam duit.
Defist kerajaan = kerajaan belanja lebih banyak berbanding hasil tahunan.
Oleh itu, apa yang Tony Pua kata sebenarnya adalah kerajaan sedang pinjam duit tiap-tiap bulan untuk menutup defisit kerajaan.
Ini bermakna hutang negara sedang bertambah tiap-tiap bulan.
Bukan menurun - seperti ditipu oleh Menteri Kewayangan.
Apabila keajaan BN buat yang sama dahulu, PH tuduh kita boros, hutang negara naik tak terkawal dan negara mahu bankrap.
Bila PH buat, ia bertukar menjadi "BNM terbitkan bon setiap bulan untuk menguruskan defisit kerajaan itu perkara biasa."
Ya.. yang dulu semakin bankrap sekarang menjadi "perkara biasa".
Ya, hutang negara yang semakin naik itu sudah jadi "perkara biasa" di bawah PH.
Bukan boros, hutang naik ataupun mahu bankrap.
Raykat pun telan sahaja kerana tak faham apa sebenarnya maksud Tony.
Tetapi perbezaannya ialah defisit dan kadar kenaikkan hutang negara di bawah PH jauh lebih tinggi berbanding masa BN.
Kenapa?
Kerana kekurangan hasil kerajaan dan perbelanjaan tahunan di bawah PH naik dengan tinggi.
Kerana tidak ada lagi hasil GST dan juga kerana kutipan cukai kerajaan menurun apabila ekonomi menjadi semakin lembab.
Pada masa yang sama, perbelanjaan PH setiap tahun juga meningkat dengan tinggi.
Mengapa meningkat?
Duit guna di mana sedangkan banyak projek sudah henti dan bantuan dimansuhkan?
Itu perlu tanya PH.
Related Posts:
Logo Tak Kemana, PAS Pula Yang Diserang Bertalu Talu Cadangan untuk mewujudkan satu logo dan satu nama sudah masuk seminggu dah. Namun, pakatan pembangkang masih dilihat masih belum ada sebarang tindakan serius. Nampaklah DAP yang berkuasa, DAP tidak beri respon pun pasal c… Read More
Aramco Akan Jadi Sasaran Terbaru Selepas ECRL, Bandar Malaysia, Forest City dan Lynas. Kehadiran Raja Arab Saudi ke Malaysia baru-baru ini ternyata memberikan manfaat yang cukup banyak buat penduduk di negara ini bukan sahaja dari segi penambahan kuota haji malah kerjasama strategik antara Saudi Aramco dengan … Read More
Yang Takut Debat Adalah Mahathir Bukannya Nazri Cuba tanya dengan buang emosi. Cuba bertanya dengan sedikit logik. Siapa akan rugi jika debat diadakan? Nazri ? Najib ? atau Mahathir? Jika dikumpul semua fakta, terlalu jelas yang akan terganggu akibat debat adala… Read More
Bila Sayap Terkulai Patah, Bunga Hanya Sekadar Parti Sangap Dua Sayap Parti Bunga Sudah Patah, Tinggal Kelopak Layu Sahaja JIKA umum perasan, dalam lirik lagu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdapat ulangan dua kali ayat berbunyi 'bercerai kita roboh'. Ternyata lirik lagu… Read More
DAP Kuasa Pemutus Bentuk Logo Dan Siapa Calon PM Semalam telah tersebar gambar gambar kononnya pertemuan orang kanan pihak pembangkang untuk buat keputusan hal logo, bendera dan simbol Pakatan Harapan. Mesyuarat yang dipengerusi oleh Wan Azizah itu hanyalah sembang kosong… Read More