Wednesday, 15 May 2019
Kuasa Raja Vs Kuasa PM & Jemaah Menteri Vs Kuasa Parlimen - TMX
By @MNA at 14:43:00
PM Tun M telah mengatakan ,’ kuasa raja tidak mutlak ‘,polemic ini timbul dalam isu perlantikan menteri besar Johor dan lain lain isu berkaitan TMJ menegur kerajaan pemerintah yang membawa kepada pergeseran awam yang tidak diperlukan sehingga terjadinya pelbagai penghinaan kpd institiusi raja Malaysia.
Akibat daripada isu ini , persepsi awam menjurus kepada seolah olah PM dan kabinet mempunyai kuasa mutlak dan pm tun m kerajaan tidak pernah nyatakan bahawa atau memahamkan rakyat jelata bahawa pm juga tidak ada kuasa mutlak.
Persepsi awam menyangkakan kuasa PM lebih mutlak atas faktor YDP Agong harus mengikut nasihat pm ‘
2.Komposisi Kuasa Di Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ,
a.Kuasa YDP Agong
Kuasa YDP Agong diwartakan didalam perlembagaan persekutuan perkara 39 iaitu
KUASA EKSEKUTIF PERSEKUTUAN
KUASA EKSEKUTIF PERSEKUTUAN HENDAKLAH TERLETAK HAK KEPADA YDP AGONG ,DAN TERTAKLUK KEPADA MANA MANA UNDANG UNDANG PERSEKUTUAN AN PERUNTUKN JADUAL KEDUA ,BOLEH LAH DIJALANKAN OLEHNYA DAN MANA MANA MENTERI YANG DIBERI KUASA OLEH JEMAAH MENTERI ATAU OLEH MNA MANA MENTERI YANG DIBERI KUASA OLEH JEMAAH MENTERI,TETAPI PARLIMN BOLEH MELALUI UNDANG UNDANGMEMBERIKAN FUNGSI EKSEKUTIF KEPADA ORANG LAIN.
Maksudnya ,
Kuasa eksekutif persekutuan terletak hak pada YDP Agong dan kuasa itu boleh digunakan oleh jemaah menteri (kabinet) dan atau mana mana menteri yang kabinet hendakkan atau mana mana orang yang parlimen hendakkan.
b.Perkara 40 /1 perlembagaan nyatakan , YDP Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah menteri kabinet, perkara 40/2 memberikan kuasa budi bicara YDP Agong dalam 3 perkara dan dalam apa apa hal lain yang disebut dalam perlembagaan.
Perkara 55 memberikan kuasa kepada YDP Agong untuk merasmikan memprorog dan membubarkan parlimen atas permintaan pm tetapi hak untuk benarkannya adalah hak mutlak YDP Agong
c. Kuasa Majlis raja
Perkara 38 Kuasa Majlis Raja
Perkara 38 mewartakan fungsi dan kuasa majlis raja dan kuasa mutlaknya dalam 5 perkara sepertimana diwartakan didlm perkara 159/5, kuasa majlis raja juga termasuk ‘Kuasa Untuk Memecat YDP Agong ‘
Majlis Raja Tidak Ditetapkan Untuk Bertindak mengikut Nasihat Jemaah Menteri walaupun raja harus bertindak ikut nasihat Kabinet Negeri atau MB.
c. Kuasa Jemaah Menteri – Kabinet
Perkara 40 perlembagaan memerikan kuasa untuk menasihat YDP Agong dalam tindakannya
d. Kuasa Ahli Parlimen
Perkara 43 memberi kuasa kepada ahli parlimen untuk memilih dan melucutkan jawatan pm,
Perkara 44 memberi kuasa kpd ahli parlimen untuk membuat undang undang melalui parlimen
e. Kuasa Parlimen
Kuasa Perundangan Persekutuan
Perkara 44 perlembagaan mewartakan ,
KUASA PERUNDANGAN PERSEKUTUAN HENDAKLAH TERLETAK HAK PADA PARLIMEN YANG HENDAKLAH TERDIRI DARIPADA YDP AGONG DAN 2 MAJLIS PARLIMEN IAITU DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT
f.Kuasa Perdana Menteri
Perkara 43 b dan c mewartakan kuasa pm untuk memilih dan melantik setiausaha parlimen dan setiausaha politik.
3.Perlembagaan Raja Berpelembagaan Demokrasi Berparlimen
Maksud nya ,
Perlembagaan Persekutuan adalah 1 perlembagaan yang harus berfungsi dengan kuasa raja melalui parlimen dengan konsep demokrasi dimana KUASA NEGARA bersifat konsep ‘ ‘Pemisahan Kuasa ‘
KUASA MUTLAK TERLETAK DI KOMBINASI KESEMUA KUASA YANG DIWARTAKAN DIDALAM PERLEMBAGAAN ,
KUASA JEMAAH MENTERI DAN KUASA PERDANA MENTERI TIDAK LAH MUTLAK BEGITU JUGA DENGAN KUASA MONARKI KERANA KUASA EKSEKUTIF ITU TERLETAK HAKNYA KPD YDP AGONG DIMANA KUASA ITU HANYA BOLEH DIJALANKAN OLEH JEMAAH MENTERI YANG DITUBUHKAN DIBAWAH KUASA MUTLAK YDP AGONG,
Aliran Kuasa Eksekutif
Fakta fakta perundangan yang dirujuk diatas telah menjelaskan ,
a.Parlimen tertubuh setelah YDP Agong memperkenankannya ,
b. Parlimen boleh berfungsi setelah ahli ahli parlimen dipilih rakyat melalui proses pilihanraya umum ,
c. Kerajaan pemerintah boleh ditubuhkan setelah ahli ahli parlimen memilih calon perdana menteri ,
d. YDP Agong boleh menubuhkan kerajaan setelah PM memberi nasihat dalam pemilihan anggota Jemaah menteri kabinet ,
e. YDP Agong boleh memecat Jemaah menteri kerana Jemaah menteri berkhidmat dibawah perkenannya seperti mana perkara 43 /1 wartakan dan ianya harus dibawah nasihat PM
f. Hanya kuasa majoriti ahli parlimen boleh memilih dan melucutkan penjawat jawatan perdana menteri ,
g.Kuasa mutlak YDP Agong berkenaan perasmian pergantungan atau pembubaran parlimen atas permintaan PM tetapi YDP Agong mempunyai hak mutlak untuk membenarkkan atau tidak dan ianya tidak perlu membuat keputusan diatas kehendak nasihat PM
h. Hanya majlis raja boleh memecat YDP Agong. Jemaah menteri dan parlimen tidak berkuasa memecat YDP Agong ,
i. Hanya tribunal kehakiman yang berkuasa untuk menasihati YDP Agong dalam soal pemecatan hakim ,peguam negara , ketua audit negara ,
J. Kuasa PM hanya untuk memilih dan melantik setiausaha parlimen dan setiausaha politik
Rumusannya ,
KUASA YDP AGONG UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN SETELAH KUASA PARLIMEN MEMILIH PERDANA MENTERI YANG KEMUDIANNYA DILANTIK OLEH KUASA YDP AGONG,KUASA PM KEMUDIAN MEMILIH ANGGOTA JEMAAH MENTERI ,
KOMBINASI KUASA YDP AGONG DAN KUASA PARLIMEN DAN KUASA JEMAAH MENTERI PERDANA MENTERI INI ADALAH KUASA UTAMA DAN KUASA MUTLAK
PERLEMBAGAAN RAJA BERPELEMBAGAAN DEMOKRASI BER PARLIMEN
TERBUKTI KONSEP PEMISAHAN KUASA ADALAH KAREKTOR UTAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ,
TERBUKTI , TIDAK ADA MANA MANA KUASA BOLEH DIJALANKAN TANPA NASIHAT DARIPADA 1 BADAN PENASIHAT ,
TERBUKTI DIDALAM PENEMADUNAN PEMERINTAHAN DUNIA , TERMASUK KERAJAAN FIRAUN DAN SEMUA KERAJAAN BERAJA DAN KERAJAAN RAKYAT ,
‘KONSEP BADAN PENASIHAT ADALAH TERUTAMA DALAM SOAL MENCAPAI SESUATU KEPUTUSAN’
PARLIMEN ADALAH BADAN UTAMA SEBAGAI PENASIHAT KEPADA KESEMUA PENJAWAT JAWATAN UTAMA NEGARA
- Tun Maharezza (tmx)
Related Posts:
Pelaburan Langsung Asing Penting Bagi Malaysia - PM BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.Beliau berkata rakyat asing yang melabur di Malaysia tidak boleh membawa balik i… Read More
Parti Bunga PPBM Tidak Mampu Gugat Wanita UMNO MELAKA - Beberapa anggota Pergerakan Wanita UMNO dikesan menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) namun langkah mereka tidak sama sekali menggugat kestabilan dan keutuhan sayap itu.Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abd… Read More
40 Ribu Tan Minyak Masak Hilang Diseludup Setiap Bulan Kepentingan rakyat amat di utamakan jesteru itu kerajaan Malaysia tetap memperuntukan subsidi kepada minyak sawit walaupun kini ia berharga RM 3000 per tan dipasaran. Ini membuktikan kerajaan masih lagi prihatin terhadap… Read More
Dap Patut Malu Mampu Bazir RM305 Juta Untuk Terowong Tapi Tak Mampu Atasi Banjir BUKIT BENDERA - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata, Dap sepatutnya malu apabila cuba menyalahkan kerajaan pusat berkaitan isu banjir kilat yang melanda negeri pimpinan mereka iaitu Pulau Pi… Read More
Polis Siasat Dakwaan Campur Tangan Soros - KPN SUBANG JAYA: Polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan jutawan George Soros campur tangan dalam pilihan raya umum (PRU) dengan membiayai kumpulan masyarakat sivil dan sebuah portal berita. … Read More