Wednesday, 22 May 2019
Jual Aset Negara: ‘Takkan Nak Jual Sampai Ke Seluar Dalam? " – Ku Li
By @MNA at 21:16:00
Bila yang berpengalaman bersuara.
Tempelak veteran politik, Tengku Razaleigh Hamzah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan media antarabangsa akan menjual bangunan konsulat di Hong Kong.
Tegas bekas Menteri Kewangan itu, terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh diikhtiar oleh kerajaan untuk memperoleh wang untuk negara.
“Tak akan nak jual segalanya? Bagi saya elok simpan kerana kalau nak beli pula harganya sudah melambung naik.
“Dahulu kita beli HK$200 juta (RM103.8 juta), kalau tak silap. Tapi sekarang sudah bilion nilai beli tanah. Ada duit nak beli bilion ringgit?” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Februari lalu, akhbar The Star yang memetik laporan Ming Pao mendedahkan Kumpulan Evergrande China dalam perbincangan untuk membeli bangunan milik kerajaan Malaysia di Hong Kong iaitu Malaysian Building.
Selasa lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu, keputusan Malaysian Building dibuat sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak mampu menanggung kos baik pulih berjumlah RM300 juta.
Related Posts:
Angin Perubahan Pengundi Cina Terhadap BN Di PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Cerah - Shahidan Pengundi Cina dilihat kembali menyokong Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkat… Read More
PRK Kuala Kangsar Dan Sungai Besar Paling Aman Dalam Sejarah - Ahmad Zahid KUALA KANGSAR - Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor setakat ini adalah yang paling aman dalam sejarah PRK negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid… Read More
PRK P.067 KUALA KANGSAR : Senario Kempen PRK Kuala Kangsar #KEKALBN Kempen pilihanraya kecil di Kuala Kangsar amat menark antara Pan dan Pas. Ini kerana orang kuat Pan adalah Adun Changkat Jering manakala orang kuat Pas yang menjadi Pengarah Pilihanraya Kuala Kangsar pula adalah Ahli Par… Read More
Bila Akal Mahathir Semakin Mereput...Yang Diludah Dijilat Kembali DAP hari ini dikecewakan Mahathir bila bekas ahli UMNO itu datang membantu kempen PAN di pilihanraya kecil Sg Besar dengan cerita-cerita basi yang SEMUANYA telah dijawab kepimpinan kerajaan sedia ada. Isu macam dana RM … Read More
Peruntukkan Jambatan RM 43.5 Juta Lulus Di Manong - Najib KUALA KANGSAR: Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi membina Jambatan Manong dan jalan di sekelilingnya sepanjang tiga kilometer. Perdana Menteri berkata, permintaan bagi membina … Read More