Monday, 29 April 2019
Islam Dibuli, Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan PH – Mufti Perlis
By @MNA at 18:54:00
(Utusan) – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.
Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu.
Katanya, jika dilihat, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum namun mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.
Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama.
“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang individu yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam (Muhammad Zamri) telah menyebabkan beliau ditangkap.
Apakah fakta beliau (Muhammad Zamri) palsu?, apakah beliau menghina atau sekadar menceritakan tentang kisah dirinya sendiri?
“Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti mana kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan tragedi antara kuil dan pihak bomba (Subang Jaya). Tidak pula mereka ini ditangkap.
“Bagaimana pula dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik dari agama lain yang sering menimbulkan permusuhan dengan masyarakat Islam?,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.
Semalam, Muhammad Zamri yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di hadapan sebuah restoran di sini berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya kerana didakwa menghina agama Hindu.
Muhammad Zamri didakwa membuat kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video tular di laman sosial.
Tambah Mohd. Asri, Muhammad Zamri selama ini telah membuat banyak program membantu membina hubungan baik antara agama termasuk menziarahi gereja, tokong dan pelbagai dialog harmoni dianjurkannya di bawah One Centre Malaysia negeri.
Ucapan beliau itu hanyalah sedikit daripada pengalaman dirinya sahaja sebelum menganut Islam (jika) dibandingkan usaha beliau untuk membina hubungan antara agama.
“Saya tidak menyalahkan pihak polis, tetapi ini berlaku kerana realiti politik yang membiarkan umat Islam dibuli. Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan? .
“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” katanya.
Related Posts:
Lim Kit Siang Jangan Menguna Isu Klepto-teokrasi Untuk Menghina Islam Tertarik dengan tulisan Senator Ti Lien Ker Naib Pengerusi MCA berkaitan komen-komen Lim Kit Siang mengenai Islam. Mengapa perlu biadap , sedangkan pihak kita tidak pernah persoal agama dia? Menurut Ti Lien Ker, Lim Kit … Read More
PH Kuat Bohong Hutang Sendiri Tambah Salahkan 1MDB - Najib Razak Saya tengok media dan kerajaan PH semakin melampau dengan propaganda pembohongan dan penipuan mereka. Ada banyak yang tidak betul dengan muka hadapan Berita Harian ini. 1) Tok Pa dipetik sebagai berkata bahawa hutang 1M… Read More
75 % Respondent Menolak Dr. Mahathir Sebagai PM Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya kekal sebagai Perdana Menteri selama dua tahun. Menurut pandangan satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) menyaksikan 75 peratus responden bersetuju menolak D… Read More
Penyatuan Ummah Kuburkan Perseteruan Detik Bersejarah UMNO Dan PAS DS Ahmad Zahid Hamidi menganggap tarikh 14 September 2019 akan menjadi detik bersejarah apabila UMNO dan PAS akan menandatangani piagam bersama. Menurut DS Zahid, dengan adanya piagam antara UMNO dan PAS maka perseteruan … Read More
Pilihanraya Tempatan Cara Halus DAP Hapuskan Kuasa Melayu Komunis tidak pernah lupa perjuangan asalnya. Bukan menyerah kalah, TETAPI ubah serangan/perang kepada penguasaan politik untuk menguasai Tanah Melayu Pilihanraya tempatan adalah cara halus DAP menghapuskan KUASA MELAYU … Read More