Tuesday, 30 April 2019
Bersolat Letakkan Batu Karbala Amalan Syiah. Mat Sabu Syiah?
By @MNA at 08:46:00
Sejak beberapa hari ini tular beberapa keping gambar Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu sedang bersolat di satu Masjid di Iran.
Melalui satu laman web berbahasa Parsi, Mat Sabu dilihat sedang bersolat di satu masjid di Tehran berimamkan dengan Imam Ayatollah Emami Kashani.
Pada awalnya gambar Mat sabu bersolat itu tidaklah beberapa mengejutkan kerana mungkin sebahagian orang menyangka tidak ada salahnya seorang yang berfahaman sunni bersolat di belakang seorang Syiah.
Namun setelah meneliti gambar tersebut, Mat Sabu sebenarnya bersolat dan bersamanya ada seketul batu yang dinamakan sebagai Turbah atau 'Batu Karbala'.
Menurut beberapa carian, Batu Karbala ini digunakan oleh penganut ajaran Syiah sebagai tempat sujud mereka.
Batu Karbala itu dibuat dari tanah Karbala yang mereka anggap suci kerana Karbala merupakan tempat terbunuhnya cucu Nabi saw, Hussain yang menjadi Imam kepada kelompok Syiah ini.
Ada pepatah Syiah yang berkata "Kemuliaan suatu tempat terletak pada siapa yang menempatinya," dan disebabkan itulah mereka memilih tanah karbala itu untuk dijadikan batu lalu menjadi tempat sujud ketika solat.
Sehingga dikatakan solat seorang Syiah itu tidak sah jika tidak bersujud di atas tanah.
Dalam Fiqh Al-Imam Ja’far diriwayatkan seseorang bertanya kepada Imam Ja’far tentang tempat yang boleh dijadikan tempat sujud. Lalu dijawab, "Tidak boleh sujud kecuali di atas ardh (tanah, bumi) atau yang tumbuh di bumi, kecuali yang dimakan atau dipakai."
Ulama telah bersepakat bahawa ajaran Syiah adalah menyimpang dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seluruh majlis dan jabatan agama di setiap negeri dan persekutuan juga telah mengeluarkan fatwa akan menyelewengan ajaran Syiah.
Mat Sabu yang selama ini menafikan dan tidak memberi sebarang komen apabila ditanya samada berfahaman Syiah, hari ini terbukti dengan tularnya gambar tersebut.
Sebelum ini Mat Sabu pernah didedahkan melakukan ibadah korban di Masjid Syiah di negara jiran juga tidak memberi sebarang komen apabila diajukan soalan yang sama.
Adakah Mat Sabu akan menafikan lagi yang beliau seorang penganut ajaran Syiah?
Jangan pula kata batu itu diletakkan orang disebelahnya dan dia hanya menurut sahaja.
Related Posts:
Fokus Isu Dan Masaalah Rakyat Lebih Penting Dari Berpolitik Sandiwara - Dr Zambry TAPAH: Perak tidak akan terlibat dalam permainan sandiwara politik, sebaliknya mengambil pendekatan memberi fokus terhadap isu rakyat serta pembangunan negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,… Read More
Kes Denggi Catat Trend Peningkatan Pada Minggu Ke-49 - KP Kesihatan KUALA LUMPUR: Kes demam denggi meningkat kepada 48 kes atau 3.6 peratus pada minggu ke-49 tahun ini, dengan 1,376 kes dilaporkan bagi tempoh 4 hingga 10 Disember lepas, berbanding 1,328 kes pada minggu sebelumnya.Ketua Pen… Read More
Penghulu, Penggawa Perlu Sampai Masalah Rakyat Pada Kerajaan - PM KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu institusi penghulu dan penggawa memainkan peranan menyampaikan keluhan dan masalah rakyat di peringkat akar umbi kepada kerajaan. Perdana Menteri berkata, maklumat itu perlu… Read More
Malaysia, Singapura Tandatangani Perjanjian Kereta Api Laju Esok PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura pada Selasa semasa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melakukan lawatan kerja ke negara ini u… Read More
Jaringan Ajaib Faiz Subri Cecah 2 Juta Tontonan KUALA LUMPUR: Video jaringan ajaib Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 kini melebihi dua juta tontonan di laman YouTube. Setakat pukul 11.45… Read More