Gambar Hiasan
Kini genab satu tahun, Pakatan Harapan (PH) menyambut ulang tahun pertamanya sebagai kerajaan selepas mencipta sejarah menamatkan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei, tahun lalu.
Namun sepanjang tempoh itu, rata-rata rakyat khususnya golongan muda tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH atas dua faktor iaitu gagal menunaikan janji manisfesto dan menurunkan kos sara hidup.
Malah ada dalam kalangan mereka secara terbuka memaklumkan tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menukar kembali kerajaan.
Seorang juruteknik, Arif Ngadiman,26, berkata, sebagai salah seorang anak muda yang memberi undi kepada PH dalam pilihan raya lalu, kini hampa apabila kerajaan gagal menunaikan kebanyakan janji khususnya berkaitan pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan peningkatan gaji minimum yang dikatakan sebanyak RM1,500.
Katanya, berikutan itu, kebanyakan golongan muda termasuk rakan-rakannya kini mengakui adalah yang paling terkesan dan kecewa.
“Kami menukar kerajaan disebabkan terpesona dengan janji PH. Siapa tidak mahu, apabila melihat janji PH yang menepati keperluan rakyat termasuk golongan muda seperti pemansuhan PTPTN dan peningkatan gaji minimum khususnya yang bekerja dalam sektor swasta.
“Tak sabar hendak tunggu PRU hendak tukar balik kerajaan. Saya percaya, jika kerajaan PH masih tidak berubah, mereka akan menjadi kerajaan sepenggal,” katanya yang merupakan pengundi di kawasan Parlimen Sepang, Selangor ketika ditemui di sini, hari ini.
Seorang kakitangan swasta, Hazirah Hazwani Khalil, 29, pula berkata, prestasi kerajaan PH terlalu perlahan khususnya melibatkan barisan Kabinet.
Dia yang juga salah seorang pengundi PH dalam pilihan raya lalu berkata, selain itu, sebelum ini, rata-rata rakyat khususnya orang muda percaya bahawa pemerintahan BN tidak telus.
“Bagaimanapun, kebanyakan salah laku yang disebut-sebut itu masih tidak terbukti. Kalau kerajaan tidak berubah, saya rasa sepenggal sahaja mereka mampu bertahan.
“Bukan saya saja rasa begitu, malah ramai lagi berpandangan yang sama. Orang muda yang banyak membantu kemenangan PH dan tidak mustahil mereka (orang muda) juga akan kembali melakukan perubahan,” katanya
.- UTUSAN ONLINE
Tuesday, 30 April 2019
Ramai Dah Tak sabar tunggu PRU-15 - Pengundi PH
By @MNA at 22:51:00
Related Posts:
Najib Kagum Semangat Ketua Pemuda UMNO Sezamannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kagum terhadap semangat bekas ketua-ketua Pemuda UMNO yang sezaman dengannya dalam mempertahan, menegak dan meneruskan perjuangan parti. Najib berkata walaupun … Read More
Hubungan Dua Hala Malaysia-Turki Semakin Kukuh Sejak FTA - Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (barisan kedua, dua, kiri) bergambar bersama ketua-ketua negara asing yag menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam OIC) ke-13 di Pusat Kongres Istanbul Rabu IS… Read More
Isu RM2.6 Bilion : Ramesh Rao Bertanya, Adakah Dr Mahathir Akan Mohon Maaf? Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Rames Rao membangkitkan satu persoalan hari ini adakah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memohon maaf selepas terbukti salah berkenaan derma RM2.6 bil… Read More
1MDB Membidas Mulut Celupar Tony Pua KENYATAAN MEDIA 1MDB JANGAN MELAMPAUI BATAS, TONY 1MDB merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Tony Pua hari ini. Pada hakikatnya, Yb Tony Pua telah banyak mengeluarkan kenyataan sensasi dan salah, wal… Read More
1MDB: Tindakan Tegas Jika Ada Salah Laku – PM Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Minggu lalu Jawatankuasa Kira… Read More