Sunday, 28 April 2019
Kerajaan PH Guna MOU Bila Pembelian Minyak Sawit 1.9 Juta Tan Oleh China - Najib Razak
By @MNA at 22:43:00
Artikel ini diambil dari FB Najib Razak. Terdapat kekeliruan yang perlukan pengesahan dari kerajaan baru berkaitan MOU yang dipaparkan kepada rakyat.
Gambar ini yang dikatakan dari perjanjian MOU minggu lepas di mana negara China berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak sawit dari kita dalam tempoh lima tahun akan datang.
Rupa-rupanya, MOU itu adalah berdasarkan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan BN semasa saya PM pada tahun 2015.
Tetapi pelik juga kerana masa kita berunding, kerajaan China tidak pernah meletakkan had untuk import minyak sawit dari kita seperti yang dilaporkan dalam laporan media bulan Februari 2018 ini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/384089/minyak-sawit-mpob-gembira-keputusan-china
Masa itu juga, negara Perancis telah berjanji dengan kita bahawa mereka tidak akan boikot minyak sawit kita tetapi selepas PRU14, Perancis merupakan antara negara pertama yang mahu halang minyak sawit Malaysia.
Saya diberitahu bahawa muka surat MOU yang saya lampirkan di sini adalah dari link ini:
https://www.malaysia-today.net/2019/04/26/najib-punya-susu-mahathir-dapat-nama/
Saya minta penjelasan dari kerajaan PH jika dokumen MOU yang terbongkar di atas adalah sahih atau sebaliknya.
- Najib Razak
Related Posts:
Skandal Kewangan Terbesar Negara Bukannya 1MDB, Tetapi Skandal Forex Ramai yang bising kononnya negara kita akan bankrap dalam masa terdekat ini selepas skandal 1MDB dicetuskan oleh pihak pembangkang. Lebih dari lima kali Mahathir, Daim dan Kit Siang cakap Malaysia negara gagal dan akan bank… Read More
Ribuan Dijangka Hadir Meriahkan Rumah Terbuka PM Di Pekan Esok PEKAN – Seramai 70,000 orang dijangka hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri 2017 di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, esok.Pengerusi Publisiti majlis itu Mohd Zaidin Mohamad berkata majlis yang meru… Read More
Musuh UMNO Serang Rosmah Sebagai Korban Politik Untuk Cari Populariti Belum terbukti bersalah apatah lagi wujud skandal melibatkan salahlaku daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sudahpun menjadi mangsa serangan politik pembangkan… Read More
#Video : Kehadiran Rakyat Bukti Sokongan Kepada Perdana Menteri Di Pekan Kehadiran lebih 50,000 pengunjung daripada pelbagai kaum pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini, membuktikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasi… Read More
Henti Perlakukan Wanita Sebagai Objek - Najib Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti memperlakukan wanita sebagai objek, sebaliknya menjadi lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat. Perdana Menteri berkata beliau kesal dengan peristiwa me… Read More