Thursday, 7 March 2019
LIM GUAN ENG PATUT DIDAKWA DI BAWAH AKTA HASUTAN
By @MNA at 15:35:00
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan DAP YB Lim Guan Eng yang mendakwa *kerjasama UMNO-PAS sebagai satu 'isyarat perang' terhadap orang Bukan Islam dan Bukan Melayu di Malaysia.*
Kenyataan dangkal ini amat merbahaya kerana boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum dan mampu merangsang perlakuan tidak wajar di kalangan rakyat Malaysia berbilang agama dan kaum.
Sedangkan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagaimana yang ditegaskan oleh kedua-dua kepimpinan tertinggi parti hanyalah menjurus kepada *aspek penyatuan ummah yang tidak sesekali meminggirkan mahupun meremehkan mana-mana agama mahupun kaum di negara ini.*
Sesungguhnya kenyataan Lim Guan Eng ini hanya menyerlahkan lagi wajah sebenar pemimpin dan parti DAP yang sememangnya sejak dahulu lagi lebih cenderung kepada sifat rasis dan chauvinis. Malah kenyataan seperti ini jika tidak dikekang mampu mencetuskan pergolakan antara agama dan kaum sebagaimana pernah berlaku dalam Tragedi 13 Mei 1969.
*Justeru Pemuda UMNO mendesak agar pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia dan Peguam Negara untuk segera bertindak dengan mendakwa Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan kerana mampu mencetuskan suasana tegang yang mengundang ketidak-harmonian rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini!*
*Dr. Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_
6 Mac 2019
Related Posts:
Dakwaan Pusat Abai Sarawak Satu Pembohongan – Ismail Sabri KUCHING – Dakwaan bahawa kerajaan Pusat menganaktirikan Sarawak adalah bohong kerana negeri ini sering menerima peruntukan pembangunan yang besar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob… Read More
Kekal 6 Peratus, Isu Kadar GST Naik Propaganda DAP – Najib Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi jaminan kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada enam peratus yang dikuatkuasakan ketika ini. Tampil menjawab tuduhan pembangkang yang menggu… Read More
Warga Pekerja Nadi Pembangunan Negara Sejak tahun 1973 lagi, Kerajaan telah mengiktiraf Hari Pekerja sebagai Hari Kelepasan Am, iaitu cuti umum sebagai tanda penghargaan atas kegigihan dan sumbangan warga pekerja di Malaysia. Sesungguhnya warga pekerja adal… Read More
DAP Makin Mereput...Lain Lawan ..Lain Pula Diserang SETAKAT ini belum ada petanda DAP akan menambah kerusi dalam pilihanraya Sarawak yang pengundiannya bakal berlangsung Sabtu akan datang. Jangan kata menambah, kerusi yang ada sekarang pun silap-silap hilang beberap… Read More
Pilih Wakil Rakyat Yang Didukung Parti Kuat Seperti BN - Najib SARATOK - Pengundi Sarawak perlu memilih wakil rakyat yang didukung parti kuat seperti Barisan Nasional bagi memastikan agenda pembangunan rakyat dan negeri ini dapat diteruskan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana ment… Read More