Tuesday, 5 March 2019
Hina Nabi 929 Laporan Polis Direkodkan Dan 3 Individu Ditangkap
By @MNA at 16:21:00
Sebanyak 929 laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, susulan laporan tersebut, sebanyak empat individu telah dikenalpasti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.
Ujarnya, tiga daripada mereka iaitu pemilik akaun Facebook Bakakuk, Ayea Yea dan Yazid Kong telah ditahan kelmarin dan semalam.
“Selain itu, pihak kita juga sedang memburu seorang lagi individu yang menggunakan akaun Twitter Alvin Chow yang dipercayai masih berada di ibu negara untuk diambil tindakan.
“Kesemua mereka akan disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
-UTUSAN ONLINE
Related Posts:
PERMATA Program Kebajikkan Dan Pembangunan Pendidikan Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau melaksanakan Program Permata Negara (Permata) dengan ikhlas demi kebajikan dan pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara ini. "Saya boleh katakan, kami sudah melakukan banyak … Read More
Kenapa Dan Mengapa Najib Dibenci SALAM 1 MELAYU ELOK SANGAT KALAU DIVIRALKAN ARTIKEL INI. *Analisa dari sudut yang berbeza* *Cina marah Najib* buat kedai 1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu peruncitan yang dimonopoli oleh cina *Cina pa… Read More
Kontraktor Bumiputera, Melayu Buktikan Kemampuan Laksana Projek MRT Dan Pan Borneo Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa gembira kerana impak kejayaan projek Transit Aliran Massa (MRT) dan lebuhraya bebas tol Pan Borneo telah membuktikan kemampuan kontraktor bumiputera dan Melayu dalam melaksanakan… Read More
Ku Li Yakin Kerajaan BN Mampu Urus Kewangan Negara Dengan Baik Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yakin kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu untuk mengurus kewangan negara dengan baik.Beliau berkata negara mempunyai banyak ase… Read More
MAHATHIR MAHU APA SEBENARNYA ... SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA? 1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah. Semua orang ta… Read More