Tuesday, 12 March 2019
LGBT Pekara Keji Perlu Ditolak Demi Menjaga Agama Dan Keturunan
By @MNA at 18:36:00
Tolak LGBT
Baru-baru ini bertempat di Dataran Merdeka satu perhimpunan LGBT telah diadakan. Kononnya menuntut hak mereka. Entah hak apa yang mereka maksudkan kita pun jadi keliru. Apa yang kita faham kumpulan ini mengamalkan budaya songsang yang ditegah oleh agama.
Permasalahan kecelaruan seksual dan jantina, yang merujuk kepada komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) bukan merupakan isu baru. Sebaliknya, Allah SWT telah menjelaskan tentang permasalahan homoseksual yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut a.s.
Perbuatan homoseksual tersebut jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana
firmanNya pada ayat 80-84, Surah al-A'raf yang bermaksud:
“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk
alam ini sebelum kamu?”
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.
Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan
pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah
bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan".
Ayat di atas jelas menggambarkan perilaku umat Nabi Lut a.s. yang mengalami masalah
kecelaruan seks apabila memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan intim dengan kaum sejenis iaitu lelaki bersama lelaki dan perempuan bersama perempuan.
Orientasi seksual yang dilakukan sesama pasangan sejenis atau homoseksual disebut di dalam hadith
dengan istilah liwat (homoseksual) dan al-sihaq (lesbian)
Di dalam ayat al-Qur’an tersebut,
Allah menggambarkan azab yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut a.s. iaitu kaum Sodom dan kaum Amoro, suatu daerah di negeri Syam
Tertulis di dalam hadis dan ayat Al Quran pekara songsang ini adalah dilarang , mengapa perlu diberi hak kepada mereka?
Sepatutnya usaha menolak LGBT patut dilakukan dengan bersungguh- sungguh.
Demi menjaga kesinambungan zuriat, adab dan mengikut hukum Allah.
Nauzubillah Minzalik.
Related Posts:
LGBT Pekara Keji Perlu Ditolak Demi Menjaga Agama Dan Keturunan Baru-baru ini bertempat di Dataran Merdeka satu perhimpunan LGBT telah diadakan. Kononnya menuntut hak mereka. Entah hak apa yang mereka maksudkan kita pun jadi keliru. Apa yang kita faham kumpulan ini mengamalkan budaya … Read More