Friday, 4 January 2019

Lambat Umum Apungan Minyak, Apakah sebenarnya Motif Pakatan Harapan



Tindakan kerajaan yang mengakui bahawa harga minyak petrol RON 95 seharusnya dijual lebih murah ketika ini berbanding harga yang ditetapkan selepas menang di PRU14 menjadi persoalan rakyat. 

Kerajaan PH telahpun membuat kenyataan media pada 24 Disember lalu  bahawa Kerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019. Itupun selepas kritikan dari mantan Perdana Menteri serta Presiden MCA yang mempersoalkan adakah rakyat kini membayar cukai keatas pembelian minyak petrol ekoran harga minyak yang tidak turun walaupun berlaku penurunan harga minyak mentah global secara berterusan kebelakangan ini. 

“Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia kata menteri Kewangan di dalam kenyataan medianya.

Namun selang beberapa hari, Menteri yang sama telah membuat pengumuman terbaru yang menyatakan tindakan itu ditangguh selepas mendapat keluhan dari Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang menentang keputusan kerajaan mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan dan kerajaan dikatakan akan membuat keputusan selepas perjumpaan terbabit.

Namun selepas mesyuarat kabinet dan pertemuan dengan persatuan pengusaha-pengusaha stesen minyak berkenaan tiada lagi pengumuman yang dibuat malahan menteri Kewangan serta persatuan terbabit juga tidak memberikan respon serta hasil pertemuan berkenaan. 

*Rahsia terbongkar* 

Akbar oriental Daily melaporkan harga RON 95 mungkin akan diturunkan antara 20 sen - 27 sen seliter dalam jangka masa terdekat. menurut akhbar berbahasa Cina yang memetik sumber berkata perkara tersebut akan diumumkan oleh Menteri Kewangan sedangkan perkara berkenaan seharusnya diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah terlebih dahulu menyatakan  akan mengumumkan harga minyak baharu hari ini. 

Tetapi sebenarnya penangguhan pengumuman harga minyak terbaru itu adalah kerana PRK Cameron Highland sudahpun hampir tiba iaitu hujung minggu depan.

Tindakan melengahkan perkara berkenaan adalah untuk membenarkan mereka menggunakan harga minyak yang lebih murah itu dijadikan bahan kempen  di ceramah mereka iaitu Kerajaan PH mampu menurunkan harga minyak selepas harga minyak RON 95 kekal berada pada harga RM 2.20 melebihi 8 bulan.
  
Skrip ini sudahpun dirangka untuk mereka memenangi hati pengundi di Cameron Highland selepas tiada modal lain yang mereka boleh gunakan walaupun sudah hampir 8 bulan lamanya mereka mentadbir Putrajaya.

Apa yang dingatan pengundi serta rakyat Malaysia hari ini adalah hanya berkisar mengenai Kasut, Stokin, Telur dan terbaru adalah Rokok. 

Adakah 4 perkara ini boleh dijadikan modal positif kepada mereka selain menyalahkan kepimpinan kerajaan yang lalu? 

Pengundi di Cameron Harus buka mata.
-Barisan Nasional