Saturday, 5 January 2019
LAPORAN POLIS TERHADAP INDIVIDU DISYAKI CUBA MELINDUNGI PEMBUNUH ADIB
By @MNA at 09:29:00
#Justice4Adib
Demi menegakkan kebenaran dan keadilan saya ingin membuat laporan polis terhadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dan Mr Tommy Thomas, Peguam Negara yang disyaki terlibat dalam melindungi pembunuh Muhammad Adib, seorang anggota bomba.
Laporan ini dibuat atas alasan pihak polis telah melaporkan bahawa keterangan saksi menunjukkan Adib telah dipukul. Ini membawa kepada penahanan 4 orang individu yang seterusnya telah didakwa dibawah seksyen 307 Kanun Keseksaan di atas kesalahan cubaan membunuh Muhammad Adib yang ketika itu dalam keadaan kritikal di ICU IJN.
Keduanya, apabila Muhammad Adib meninggal dunia pihak polis telah memohon kelulusan dari Peguam Negara untuk menukar pertuduhan daripada Seksyen 307 Cubaan Membunuh ke Seksyen 302 Membunuh. Menurut laporan, dalam satu mesyuarat kabinet, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diminta oleh Waytha Moorthy dan beberapa orang Menteri Pakatan Harapan untuk meminda laporan bedah siasat Muhammad Adib dengan menukar punca kematian daripada mati kerana dipukul kepada mati akibat kemalangan dilanggar kenderaan. Desakan ini dibuat kononnya untuk mengelakkan daripada wujudnya rusuhan kaum sekiranya laporan bedah siasat yang sebenar diumum kepada umum.
Laporan ini dibuat terhadap 3 individu di atas susulan pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa laporan bedah siasat Muhammad Adib tidak akan didedahkan kepada umum kecuali di dalam mahkamah walaupun wujud 4 orang tertuduh yang sudah pun didakwa dibawah seksyen 307 Cubaan Membunuh. Maka tidak ada sebab mengapa permohonan pihak polis untuk meminda pertuduhan daripada 307 ke 302 tidak diluluskan oleh pihak Peguam Negara.
Ketiga, Peguam Negara telah mengarahkan satu inkues dilakukan untuk mencari punca kematian Muhammaf Adib. Kami percaya semua ini berlaku di dalam pengetahuan YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara. Kami yakin dan percaya ketiga-tiga individu ini cuba melengahkan pendedahan laporan bedah siasat Muhammad Adib bagi memyelamatkan mereka yang sebelum ini telah dituduh dibawah seksyen 307. Sehingga kini inkues tersebut belum dimulakan dan kempat-empat tertuduh mungkin telah pun melarikan diri ke negara-negara yang mengharamkan hukuman mati.
Kami mohon pihak polis menyiasat ketiga-tiga individu terutamanya Perdana Menteri yang telah menyatakan rasa puas hati beliau terhadap prestasi kerja Waytha Moorthy, walaupun Waytha berhadapan dengan banyak laporan polis kerana kenyataan-kenyataan berbaur perkauman beliau yang menyebabkan rusuhan pada hari kedua di Kuil Sri Maha Mariamman USJ, Subang Jaya menjadi lebih besar dan tegang berbanding di hari pertama.
Sekian laporan saya.
End.