Thursday, 3 January 2019

Otai Reformasi 1998 Tuntut Janji Lantik Anwar PM 8 .


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menjadi Perdana Menteri kelapan dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan.

Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya gusar janji tersebut tidak ditunaikan lebih-lebih lagi selepas terdapat usul oleh perwakilan Parti Pribumu Bersatu Malaysia  (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti itu baru-baru ini yang mahukan Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal memegang jawatan Perdana Mentei selama sepenggal.

Politik ini adalah seni pelbagai kemungkinan, walaupun Dr. Mahathir menyatakan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam masa yang ditetapkan, tetapi besar kemungkinan pelbagai perkara akan berlaku.

"Kami mahu juga Anwar dijadikan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan. Dalam Majlis Presiden sebelum pilihan raya, telah dipersetujui bersama bahawa Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri dalam masa dua tahun, jadi kami mahu peralihan itu mengambil tempat dalam dua tahun," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Abdul Razak, pihaknya juga gusar dengan perkembangan politik semasa terutama berkaitan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang 'melompat' ke parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

"UMNO dulu kita tentang habis-habisan tetapi sekarang mereka itu sudah jadi 'suci' apabila masuk ke Bersatu atau Amanah (Parti Amanah Negara) dan sebagainya.

"Kita merasakan satu kegusaran di sini, sekiranya pemindahan atau 'lompat' itu tadi melebihi daripada apa yang dijangka, kami berasa Bersatu itu sendiri akan jadi parti dominan, mengatasi PKR itu sendiri," katanya.