Friday, 21 December 2018
Orang Besar DAP Beri Kata Dua Kepada Mahathir Siapa PM Sebenarnya?
By @MNA at 00:20:00
KUALA LUMPUR: Kenyataan orang kuat DAP yang tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) hari ini jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan. Seperti memberi tekanan dan kata dua kepada PM.
Agaknya orang besar DAP mula bersuara bila PM yang dipilih oleh mereka mula menarik ramai MP UMNO menyokong beliau.
Kerunsingan jelas terasa, bimbang apa yang dirancang akan gagal di tengah jalan.
Kita semua tahu DAP beriya- iya mahu ICERD ditandatangani demi menjayakan misi samarata yang telah lama diperjuangkan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA 2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya daripada kegagalan.
Cita- cita besar membina Malaysia Baru berlandaskan cara dan ideologi komunis ?. Mereka mahu berkuasa dengan menafikan hak dan perlembagaan negara. Inikah yang dikatakan Malaysia Baru?
DAP berusaha menjadi kerajaan kerana matlamat mereka untuk membina Malaysia Baharu, dengan menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin Melayu. Mereka membuat demokrasi olok-olok, memberi gambaran buruk kepada rakyat. Menuduh kerajaan kakistokrasi (pemerintahan paling teruk) dan kleptokrasi global.
Lim Kit Siang berkata DAP mahu pemimpin dan ahlinya berpolitik untuk berkhidmat kepada negara dan bukannya untuk diri sendiri sama ada untuk kekayaan, mendapat hak milik atau kedudukan.
DAP katanya mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli. Tetapi yang nyata majoriti di dalam DAP adalah Cina. Parti ini dilihat sering membuat kenyataan yang meragukan dan indah khabar dari rupa.
Tepat sekali pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila masyarakat melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.
