Sunday, 23 December 2018
Harga Minyak Tidak Turun Rakyat Pula Perlu Bayar Cukai 30 Sen Seliter
By @MNA at 01:37:00
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenakan cukai ke atas minyak petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter sejak bulan lepas, kata bekas perdana menteri Najib razak.
Najib berkata berdasarkan harga brent semasa iaitu pada sekitar AS$52 setong, sepatutnya RON95 dijual antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan lalu berbanding harga sekarang RM2.20.
"Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia brent pada harga AS$72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.
"Semalam, harga brent ialah di sekitar AS$52 satu tong dan sebagai perbandingan, harga brent semasa BN kalah ialah AS$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter.
"Ini bermakna, sejak awal bulan lepas, kerajaan PH telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95," katanya dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini.
Menurut Najib, ini bermakna kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta daripada penjualan RON95 setiap minggu daripada rakyat.
Najib juga turut membidas tindakan kerajaan PH yang mengapungkan semula harga petrol RON95.
Kata Najib, tindakan itu jelas bertentangan janji PH untuk menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.50 seliter hingga RM1,80 satu liter.
"Mengapa tidak apungkan sekarang juga untuk benarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah sekarang memandangkan tempoh sekarang ialah tempoh penuh dengan hari perayaan?
"Subsidi tidak diberi, bantuan dipotong atau dimansuhkan, tetapi kerajaan PH dengan senyap mengutip cukai ke atas RON95 dan diesel pula?" soalnya.
Najib dalam pada itu turut mempersendakan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Memang SST bermakna 'senyap-senyap tibai.
"Secara jujur, saya tidak pernah mengenakan satu sen cukai ke atas petrol RON95 di dalam tempoh saya sebagai perdana menteri,' katanya.
Related Posts:
DAP AKUI PENGUNDI CINA KEMBALI SEMULA KEPADA BN Tahniah Rakyat Sarawak kerana mengajar DAPig mengenal Realiti.. Fitnah adu domba tak laku di Sarawak. Pengundi di Sarawak bijak menilai.. BN tetap jadi pilihan Pengundi di Sarawak. Selepas mengalami kekalahan ter… Read More
Sokongan Rakyat Sarawak Meningkat Kepada Kerajaan BN – PM PUTRAJAYA – Keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lepas menunjukkan sokongan rakyat Sarawak semakin meningkat pada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pimpinan BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun R… Read More
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kekal Agenda UMNO - Najib PUTRAJAYA - Sejak UMNO ditubuhkan pada 1946, pemerkasaan ekonomi Bumiputera kekal sebagai satu daripada agenda perjuangan parti demi memastikan masyarakat itu menikmati kehidupan yang lebih baik, kata Datuk Seri Najib Tun … Read More
Sikap Dan Pemikiran Rakyat, Cabaran Umno Mendepani Situasi Semasa Pola pemikiran dan sikap rakyat yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan situasi semasa menjadi cabaran bagi UMNO untuk memastikan parti itu terus menjadi pilihan.Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan … Read More
Lim Guan Eng Menganggap Kekalahan DAP Di Sarawak Disebabkan Populariti Adenan Satem Alasan LGE dan DAP bila dah kecundang teruk... Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem atas kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak… Read More