Thursday, 20 December 2018
Kepopularan Makin Menurun Rakyat Hilang Kepercayaan Kepada PH
By @MNA at 17:53:00
Tun Mahathir nampaknya semakin hilang pertimbangan apabila U-TURN SEKALI LAGI terpaksa mengikut tuntutan pembangkang untuk "kotakan janji" UNTUK KEKAL BERKUASA. Kerajaan Pakatan Harapan dan U-TURN berpisah tiada.
Nampaknya rating Tun Dr Mahathir Mohamad merosot dalam 6 bulan ini sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, menurut tinjauan pendapat dipetik pemimpin PKR, Rafizi Ramli hari ini yang memberi amaran euforia memihak kepada Pakatan Harapan (PH) hilang dalam kadar cepat.
“Saya benci menjadi pembawa berita buruk, tetapi seseorang perlu memberi amaran itu,” katanya yang mengetuai badan kaji selidik dikaitkan dengan PKR, Invoke Malaysia.
Bekas ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran kemerosotan populariti akan bertambah teruk “jika tidak diuruskan dengan baik”.
“Ada tanda euforia bertukar menjadi kekecewaan.”
Beliau memetik satu tinjauan pendapat yang dijalankan awal bulan ini, di mana rating Dr Mahathir sebanyak 53%, merosot 19% daripada tinjauan sama pada Jun lalu, sejurus selepas PH memenangi pilihan raya umum Mei lalu.
Katanya, ini menunjukkan kemerosotan populariti kerajaan PH yang ditunjukkan semua kumpulan etnik.
“Ada penurunan secara konsisten sebanyak 20% bagi semua kaum – Melayu (daripada 66% kepada 45%), Cina (daripada 87% kepada 65%) dan India (daripada 84% kepada 64%).”