Tuesday, 29 May 2018
Keputusan Batalkan HSR Kerana Tidak Menguntungkan Kerajaan Malaysia
By @MNA at 13:58:00
Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan yang muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia adalah keputusan muktamad tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura.
"Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Petaling Jaya Isnin.
FAKTA YANG RAKYAT TAK TAHU TENTANG HSR
1. Kebanyakan negara maju mempunyai jaringan pengangkutan peluru yang efisyen. Malaysia sedang menuju ke arahnya. Tetapi malangnnya ia tiba-tiba dibatalkan. Projek ini kosnya jadi RM60 - 70 Billion dimana ia ditanggung melalui bon-bon terbitan kerajaan selama 10 tahun.
2. Projek ini dijangka menjana sekitar RM 21 billion GDP setahun dan dijangka juga akan mewujudkan lebih 110,000 peluang pekerjaan sepanjang/selepas projek infrastruktur itu siap melalui pertambahan bandar-bandar baru sepanjang rel, atau perkembangan bandar yang sudah wujud. Pada setiap stesen, bandar yang dibangunkan akan dibangunkan berdasarkan pelan-pelan tertentu.
3. Selain pembangunan bandar, peluang perniagaan dan menarik pelabur, kita rakyat juga boleh mendapat manfaat. Contohnya, kita sudah boleh membeli rumah di luar KL yang lebih murah, tetapi tidak perlu fikirkan soal pengangkutan lagi. Zupppp, terus sampai ke KL naik kereta api ni. Macam The Flash daaaaa...
4. Rakyat akan dapat manfaat daripada persaingan HSR dan industri penerbangan tarik pelanggan. Jadi, harga kedua-dua tiket akan lebih murah. Ini belum masuk promosi-promosi yang akan dilaksanakan, Analoginya ialah Uber vs Grab di negara kita.
5. Sektor perlancongan, pembuatan, perindustrian dan pembinaan akan meningkat. Cuba bayangkan setiap bandar-bandar ini dihubungkan melalui jaringan pengangkutan kelas dunia, tentulah akan merancakkan lagi ekonomi negara kita. Itu belum kira lagi pelancong Singapura yang akan datang ke bandar-bandar lain disepanjang laluan rel ini menyumbang duit mereka.
6. Pendapatan rakyat secara puratanya akan meningkat. Jurang pendapatan antara KL dan bandar lain, atau KL dengan luar bandar akan mampu dirapatkan. Barangan daripada rural areas dapat dikomersialkan ke bandar-bandar besar dengan lebih pantas dan efisyen. Lantas ia akan membangunkan masyarakat luar bandar. Tak cukup faedah yang kita nampak kewww?
Yalah, HSR ini mampu buatkan jarak dari KL ke Singapura 90 minit atau 1 jam setengah jer. Tun berbual HSR hanya untuk jimat 1 jam perjalanan. Power betul orang tua ni pandu Porcshe dia ke Singapura dalam masa 2 jam setengah. Ye lahh..Tun M ada Porcshe..sembang kencanglah
10. Ingat, China dulu pun sebelum dia jadi kuasa ekonomi dunia sekarang, dia buat infrastructure dulu. Hampir 15 tahun projek mereka berjalan dan selepas itu barulah ekonomi setempat mula berkembang. Dari situ mula, perniagaan tempatan mula memasuki pasaran nasional seluruh negara dengan mudah dan cepat. Bila perniagaan mula pesat dia orang akan cari market luar negara untuk majukan lagi bisness mereka. Dari situ ekonomi China mula berkembang.
Yang suruh upgrade KTM kita ni tentu geng tak pernah naik KTM kan? Kau orang pernah tengok tak lokasi stesen-stesen KTM ni macam mana? Tempat jin bertendang brader. Dahlah tak strategik untuk pembangunan. Tak strategik untuk pengangkutan. Kesian kan?
Mahathir berkata Malaysia akan membincangkan perkara tersebut dengan Singapura tidak lama lagi dengan hasrat untuk mengendalikan pembatalan projek itu dengan "kos yang rendah".
Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer akan dibina di Malaysia, melibatkan empat negeri untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijadualkan siap pada 2026.- 28/5/2018
Related Posts:
'Kita Dekati Rakyat Sebelum, Ketika Dan Selepas Pilihan Raya' - Dr Zambri SENARIO geopolitik semasa tanah air membuka dimensi baharu persediaan Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Di Pusat mahupun negeri, semuanya ligat mencatur gerak kerja bagi memastikan kemenanga… Read More
Prosiding Pertama Suruhanjaya Siasatan Jadi Tumpuan Media PUTRAJAYA - Istana Kehakiman di sini hari ini menjadi tumpuan wakil media tempatan dan antarabangsa bagi prosiding pertama Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Neg… Read More
Golongan Pendidik Sentiasa Menyokong Kerajaan - Mahdzir Khalid Guru merupakan barisan hadapan dalam membentuk kecemerlangan negara. Guru juga merupakan profession yang mulia. Di tangan mereka lahirnya pelbagai pakar di dalam pelbagai bidang untuk memenuhi sektor pekerjaan. Kerajaan a… Read More
PM Najib Ucap Tahniah Kepada Penari Sabah, Dinobat Juara Dunia YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada sekumpulan penari Sabah yang baru-baru ini memenangi pingat emas dan Anugerah Pilihan Pengerusi di kejohanan Tarian Piala Dunia 2017 di Jerman. … Read More
Pemuda UMNO Perak Mahu Dr Zambry Kekal Sebagai Menteri Besar Pergerakan Pemuda UMNO Perak mahu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kekal sebagai Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Pemuda UMNO Perak… Read More