Tuesday, 20 February 2018
DAP Akan Laksana GST Ikut Singapura Jika Perintah Putrajaya
By @MNA at 13:27:00
Lensa Beruang Biru
DAP adalah adik pada PAP di Singapura. Oleh kerana itu, bila DAP tawan sahaja Pulau Pinang pada 2008, Kuan Yew dijemput datang ke Komtar.
Tidak mustahil, DAP akan meniru sebiji sebiji dasar PAP di Singapura kalau mereka berjaya tawan Putrajaya. Mahathir hanya boneka sementara sahaja, DAP sebenarnya yang berkuasa.
Boleh percayakah janji pembangkang mansuhkan GST? Tol Sungai Nyiur yang lima kupang pun tidak mansuh. Belum ada dalam rekod mana mana negara mansuh GST lagi.
Pembangkang tidak akan mansuh, mereka akan tiru cara Singapura laksana GST. Bila mula diperkenalkan pada tahun 1994, kadarnya adalah 3%.
Kemudian selepas 9 tahun, pada tahun 2003, kadar GST Singapura naik lagi jadi 4%. Setahun selepas itu, naik lagi jadi 5%.
Tahun 2007, sekali lagi naik jadi 7%, dan selepas 11 tahun, kadar GST Singapura naik lagi semalam jadi 9%.
Singapura bercadang untuk menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 9 peratus menjelang 2021 ke 2025. Walaupun ia berlaku di negara jiran dan bukannya di Malaysia namun ada kaitannya.
Ini kerana selama ini pembangkang suka menjadikan Singapura sebagai negara contoh malah Bajet alternatif yang dirangka oleh Pakatan Harapan sebelum ini banyak menjadikan negara tersebut sebagai rujukan.
Malah mereka menjadikan Temasek Holdings sebagai `role model'. Bukan itu sahaja, mereka juga menjadikan isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong iaitu Ho Ching sebagai idola dengan membandingkan beliau dengan Datin Seri Rosmah Mansor sedangkan Rosmah merupakan penaung program Permata yang telah memberikan manfaat demi kepentingan dan kebajikan pendidikan kanak-kanak di negara ini.
Dan keluarga Hsein Loong sendiri berdepan dengan kontroversi pada tahun lepas, melibatkan pergaduhan adik-beradiknya hingga menjadi liputan media.
Kontroversi itu hingga ke tahap Ho Ching memuatnaik foto biadap menerusi laman Facebook miliknya sendiri iaitu gambar seekor monyet yang sedang mengacu jari ala samseng.
Namun disebalik masalah dan kontroversi yang dialami oleh Hsien Loong dan keluarganya itu, mereka tetap mendapat pujian daripada pembangkang.
Sebab itulah tidak mustahil jika dikatakan DAP bakal mengikut jejak Singapura melaksanakan GST sebanyak 9 peratus kelak.
Walaupun sekarang PH kononnya mahu menjadikan sifar GST tetapi, harus diingat mereka masih belum memberikan contoh cukai lain bagi menggantikan GST.
Kena ingat Tun Daim, Anwar dan Azmin juga pernah akui GST sebagai sistem percukaian yang efesien. Mereka tidak akan mansuh. Baca kenyataan mereka di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1775358892484580&id=697192853634528
Jadi jangan terkejut jika mereka merampas Putrajaya, banyak yang akan mereka tiru dan ikut Singapura. Almaklum lah selama ini negara itu menjadi paksi kepada DAP dan sering dibandingkan dengan pemerintahan di negara ini.
Bukan itu sahaja, portal Malaysia Today pernah melaporkan bahawa Tony Pua merupakan taikun perniagaan yang berjaya dan mempunyai bisnes berbilion dolar di Singapura.
Jika Singapura mahu menaikkan GST kepada 9 peratus dan kemungkinan rancangan itu dilaksanakan lebih awal, maka bersyukurlah bahawa Malaysia masih mengekalkan kadar GST sebanyak 6 peratus walaupun ada fitnah yang menyatakan kadar itu akan dinaikkan lagi.
Fitnah kenaikan GST itu sudah lama didengari justeru tidak terkejut pun ia akan diulangi semula, apatah lagi pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.
Namun yang penting jangan pilih DAP dan gabungan parti dalam PH kerana nanti cukai GST akan dikenakan 9 peratus pula. Tolaklah mereka ini awal-awal.
Pakatan pembangkang ini tidak boleh dipercayai, mereka penuh dengan tipu daya dan pembohongan.
Beruang Biru
20 Februari 2018