Tuesday, 20 February 2018
Indoktrinasi DAP Berjaya, PAN Tidak Peduli Anjing Menari Depan Masjid Putrajaya
By @MNA at 13:15:00
Lensa Beruang Biru
Banyak lagi tempat boleh menari. Kenapa hendak dipilih depan masjid Putrajaya? Sengaja atau sudah dirancang begitu?
Ini bukan sekali Namewee biadap, sebelum ini pun sama bila mempertikaikan azan Subuh pada tahun 2008. Kesilapan Namewee ini tidak usah dimaaf lagi.
Peliknya, ada juga orang Islam yang tidak kisah bila ada "anjing" beraksi lucah di depan Masjid Putrajaya.
Strategi jahat DAP melakukan indoktrinasi dalam pemikiran beberapa orang pemimpin Islam nampaknya berjaya apabila pemimpin-pemimpin dalam PAN yang merupakan serpihan parti PAS telah ditanam dengan satu ajaran iaitu memperlekehkan Islam.
Jika diperhatikan ketika ini pemimpin PAN tutup mata bila Islam diperlakukan sesuka hati pihak tertentu. Dulu mereka begitu lantang bersuara tetapi kini di mana suara mereka ini?
Malah ketika dalam PAS dulu, mereka inilah yang akan bangun bersuara apabila berlaku perkara-perkara yang melibatkan Islam tetapi kini ia begitu berbeza.
Ketika suara-suara lantang menyelar pengarah filem kontroversi Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee yang menerbitkan dan memuatnaik satu klip video lagu dengan maskot anjing menari di kawasan depan Masjid Putrajaya, berbeza pula dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi PAN, Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau membela dan mempertikaikan siasatan pihak polis ke atas Namewee menerusi video biadap berjudul 'Like A Dog' itu. Hanipa mempersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun yang memaklumkan bahawa penyanyi itu disiasat dan mendakwa Namewee tidak melakukan apa-apa jenayah pun.
"Jenayah apa pulak si Namewee ini telah lakukan?" kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Ternyata Hanipa telah melukakan hati umat Islam kerana mempertahankan Namewee yang pada dasarnya seperti tidak insaf dengan mengeluarkan video-video seumpama ini.
Ini bukan kali pertama Namewee berbuat demikian. Pada 2010, Namewee telah dikecam ramai klip video 'Negarakuku' didakwa menyemarakkan isu perkauman seperti memperlekehkan isu azan di masjid.
Entah kenapa Hanipa meminta supaya Namewee itu tidak diganggu dan disekat bakatnya. Adakah ini dipanggil bakat?
Hanipa jika ikut sejarah, ketika beliau masih AJK PAS Pusat, beliau pernah mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara terbuka pada 2015 sehingga dikecam pemimpin lain dalam parti. Hanipa menyatakan ahli PAS yang menyokong Abdul Hadi untuk terus kekal sebagai Presiden adalah mereka yang merosakkan parti itu.
Disebabkan keadaan ini beliau telah ditegur oleh Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff kerana Hanipa membela fahaman ateisme.
Dengan menyatakan bahawa ia merupakan kebebasan bersuara maka ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal kerana perbuatan Namewee itu seolah-olah mencabar umat Islam.
Selama ini pun ramai yang melihat PAN sebagai anak didik DAP. Jadi apabila Hanipa membela Namewee, memanglah orang ramai marah kerana ia seolah-olah tidak sensitif apabila Islam dihina, iaitu ketika Namewee menari terkinja-kinja sampai membawa maskot anjing di depan masjid.
Ingatkan boleh harapkan Hanipa untuk menegur Namewee tetapi harapan itu meleset bila beliau pula boleh bela Namewee. Sebab itu bila orang kata PAN anak didik DAP, jangan marah. Kalau tak berani bersuara untuk menegur, lebih baik duduk diam sahaja.
Sementara itu, polis kini dengan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang siasat Namewee di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan dengan niat mencetuskan kemarahan perasaan agama orang lain) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas salah guna kemudahan atas talian.
PAN terbukti hanya jadi "screw DAP sahaja. Di Pulau Pinang, Dr Afif discrew oleh DAP untuk luluskan kandang babi. Hari ini sungai di Tasek Gelogur sudah jadi "sungai najis babi".
Di peringkat nasional, DAP pergunakan PAN. Mengenaj RUU355 ditentang habis habisan. Pasal kandang babi dan namewee, PAN sudah jadi tidak peduli.
Racun liberal dan pluralisme DAP sudah masuk dalam kepala PAN. Berjaya sudah indoktrinisasi DAP terhadap PAN..
Beruang Biru
BB786, Selasa
20 Februari 2018