Wednesday, 21 February 2018
Antara MCA Dan DAP, Siapa Perlu Orang Melayu Pilih
By @MNA at 16:44:00
Lensa Beruang Biru
Kira-kira dua tahun lalu, seorang pemimpin DAP, iaitu Lim Lip Eng telah mengajak MCA supaya meninggalkan parti UMNO dan bekerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan parti Melayu itu.
Namun ia ditolak dengan tegas oleh MCA kerana tawaran berkenaan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). MCA memilih untuk menjadi rakan yang setia dengan berada bersama UMNO dan BN.
Berbeza dengan DAP, iaitu sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian dan tiada langsung istilah setia. Jika dulu DAP sanggup bekerja dengan PAS, namun mereka akhirnya memutuskan hubungan dengan PAS dan mula mengutuk parti Islam itu.
Begitu juga dengan Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Suatu masa lalu, DAP telah memberikan pelbagai gelaran kepada mereka itu termasuk rasis dan diktator serta mengamalkan rasuah namun kini mereka sanggup menjilat semula kata-kata berkenaan dan duduk sepentas dengan Mahathir serta Muhyiddin.
Manakala MCA pula yang menjadi rakan seperjuangan UMNO dan BN, telah dicerca dan diperlekehkan kononnya menjadi barua politik UMNO. Provokasi berkenaan nyata sengaja dilakukan untuk menghasut pengundi terutama pengundi Cina untuk menolak MCA.
Jika diamati kedua-dua parti berkenaan, ternyata terdapat perbezaan yang besar antara DAP dan MCA. MCA menyokong perlembagaan negara namun DAP lebih kepada mahu menghapuskan hak-hak orang Melayu.
Mahathir lupa jasa pengundi MCA yang menolongnya pada tahun 1999, ketika zaman Reformasi. Kalau tidak kerana pengundi MCA, tumbang lama dah Mahathir. Namun kini, Mahathir pilih bersama DAP hanya untuk memenuhi agenda peribadinya sahaja.
Waktu UMNO diharamkan pada Februari 1988, MCA lah yang menjadi Pengerusi Barisan Nasional buat sementara waktu. Selama 9 hari, jika menurut Perlembagaan Persekutuan, Presiden MCA lah yang menjadi "Perdana Menteri Sementara" pada waktu itu.
Angkara Mahathir maka UMNO diharamkan. 9 hari itu, MCA setia pada UMNO dan tidak membelot untuk mendapatkan watikah rasmi perlantikan sebagai PM dari Yang Dipertuan Agong.
Keadaan yang serupa tidak akan berlaku jika DAP yang mendapat peluang. Jika Mahathir ke IJN atau apa apa berlaku, DAP sudah pasti akan rampas kuasa. Ini bencana yang berlaku kalau DAP dan pembangkang berkuasa di Putrajaya.
Manakala dalam isu penjawat awam pula, adakah kita pernah mendengar MCA memberikan cadangan supaya penjawat awam dipecat dan dikecilkan saiznya? Tiada.
Berbeza dengan DAP di mana salah seorang pemimpinnya, iaitu ahli parlimen DAP Tony Pua dalam sebuah forum dalam bahasa Mandarin bertajuk "Menganalisis Bajet 2017" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, 24 Oktober 2016, berkata dengan peruntukan 36 peratus daripada Bajet 2017 kepada emolumen kakitangan awam, ada desakan supaya sektor awam yang kini dianggap terlalu besar diperkecilkan.
Walau bagaimanapun, kata Pua, mengurangkan saiz perkhidmatan awam mampu menjadi penyelesaian yang berdaya maju, sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Apakah tandanya itu? Ia menunjukkan bahawa DAP tidak menghargai kerja keras penjawat awam sebagai golongan yang menjadi tulang belakang kejayaan negara.
Di kampung dan atas pentas ceramah pembangkang sekarang, penceramah Melayu dari PAN, PPBM dan PKR sedang
meracuni pengundi terutama orang Melayu supaya menganggap MCA sama seperti DAP, tiada bezanya dalam perjuangan mereka.
Sememangnya perjuangan MCA dan DAP adalah berbeza kerana MCA sudah sebati dengan perjuangan BN yang tidak meminggirkan kaum-kaum lain di Malaysia, bukan seperti DAP yang terkenal dengan gelaran rasis dan kiasu selama ini.
Perjuangan BN sudah lama sejak tertubuhnya Perikatan lagi pada tahun 1955 lagi. Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan bersama sama berganding atas satu parti yang berlogo kapal layar pada sama itu. Kemudian lama kelamaan logo kapal layar itu bertukar menjadi dacing.
Jauh beza dengan pakatan pembangkang yang penuh sandiwara dan tidak ikhlas. Mereka hanya berpakat untuk merebut kuasa sahaja. Lihat apa yang berlaku bila mereka berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor, asyik bergaduh sahaja.
Dari konteks Islam, MCA boleh dikategorikan sebagai "kafir zimmi", yang taat pada pemerintah Islam, bersetuju dengan perjanjian yang ada dan tidak melawan pemerintah Islam.
Beza dengan DAP yang boleh dikategorikan sebagai "kafir harbi" yang mana suka menimbulkan perpecahan, menentang dasar Islam dan pemerintah.
Oleh itu, ada mufti dan ulama sudah memberikan hukum bahawa mengundi DAP adalah haram dan berdosa.
DAP menjadikan Mahathir dan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai boneka sahaja. Buktinya, dalam isu pembahagian kerusi Parlimen di semenanjung di mana PPBM memperoleh 52 kerusi parlimen, diikuti 51 kerusi ditandingi PKR, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi milik PAN.
Walaupun nampak seperti PPBM yang dapat kerusi paling banyak, namun harus diingat bahawa 35 kerusi milik DAP adalah kerusi tradisi dan mempunyai pengundi tegar. Tidak seperti PPBM yang hanya ada satu kerusi iaitu di Pagoh, itupun atas tiket BN.
Begitu juga dengan PAN, yang menang dulu adalah atas tiket PAS.
Hakikatnya DAP adalah dominan, begitu berbeza dengan MCA. Jadi cakap-cakap bahawa MCA dan DAP adalah sama, sememangnya tidak benar. Itu hanya taktik DAP untuk mengaburi mata pengundi Melayu supaya menolak MCA.
Beruang Biru