Sunday, 7 January 2018
Mohd Najib Razak Terima Sumbangan Daripada PM Najib
By @MNA at 19:02:00
PEKAN - Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik perhatian ramai apabila namanya dipanggil ke pentas untuk menerima bantuan persekolahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, perdana menteri sendiri tergelak besar selepas nama murid itu, Mohd Najib Razak Jefree, 8, dari Taman Selasih, Paloh Hinai disebut bagi menerima bantuan berkenaan.
Datuk Seri Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut beramah mesra dengan Mohd Najib, yang ditemani ibunya, Siti Norfaizah Sh Harun, 40, semasa menyampaikan bantuan itu di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Mohd Najib ternyata gembira ketika ditanya perasaannya selepas menerima baju, beg dan kasut sekolah baharu daripada perdana menteri yang mempunyai nama yang sama sepertinya .
"Seronok dapat jumpa...perdana menteri baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Siti Norfaizah pula berkata, nama Mohd Najib diberikan oleh suaminya, Jefree Wahab, 49, kerana kagum dan bangga dengan kepimpinan perdana menteri.
"Suami cakap, nama Mohd Najib itu adalah kenangan untuknya. Malah, saya sendiri tidak tahu suami beri nama anak Mohd Najib Razak sehingga tiga minggu selepas melahirkannya (Mohd Najib).
"Walaupun terkejut tetapi saya tetap gembira dan berharap dia menjadi anak yang berguna untuk bangsa dan negara," katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai, selalu bercerita tentang dirinya menjadi usikan ramai.
"Memang kerap orang tanya dia hal kerajaan dan selalu juga dia bertanya tentang apa BR1M dan sebagainya. Saya menerangkan kepadanya serba sedikit dan dia tidak kisah atau ambil hati.
"Malah, kawan-kawannya di sekolah turut mengusik apabila ada rakan di sekolahnya bernama Rosmah," katanya. - Bernama
Related Posts:
PM 7 Tun M MEROYAN Di Sungai Koyan Antara bait-bait ucapan Tun M ketika berceramah di PRK Cameron Highlands 1) Saya bukan Pencuri macam Najib atau Pak Lah! (Sekali Pak Lah Pun Kena) 2) Pak Lah lebih teruk jadi PM bagi kenyang anak beranak dia cucu dia se… Read More
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 Tidak Sah Penubuhan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 adalah satu tanda jelas bah… Read More
Peratusan Keluar Mengundi Penentu Kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan peratusan keluar mengundi direkodkan lebih tinggi berbanding yang direkod dalam empat PRK sebelum ini. Setakat jam 2 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (S… Read More
Kenyataan LKS Mengenai Taraf Kerakyataan Orang Asli Nampak Sangat Dungu KENYATAAN pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengenai taraf kerakyatan Orang Asli amatlah memalukan dan memperlihatkan kedunguan pemimpin itu selama ini. Janjinya untuk membantu Orang Asli mendapatkan taraf kewarganegaraan Malay… Read More
Peluang Adakan Pilihan Raya Umum Semula Orang sudah letak jawatan kamu buat tribunal hendak pecat? Malaysia baru!😂🤣 Saya cadangkan semua ahli SPR pergi ke tribunal mengaku salah dan tambah saja cerita kata PRU-14 penuh penyelewengan. Dengan ini kita boleh… Read More