Monday, 8 January 2018
DAP Masih Ketua, Mahathir Umpan Sahaja
By Aku Torres at 15:48:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
Akhirnya seperti yang disebut-sebut, Mahathir Mohamad telah dipilih secara rasmi sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan manakala Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri .
Tidak mengejutkan kerana ia bukan rahsia lagi malah Mahathir sendiri pernah menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon berkenaan sekiranya tiada calon lain daripada PH.
Nampaknya hasrat beliau menjadi kenyataan untuk dicalonkan meskipun sudah berusia 93 tahun.
Isu faktor usia tidak menjadi masalah bagi PH kerana Lim Kit Siang pun masih bertanding dan menjadi penasihat DAP sudah berusia 76 tahun tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti dari politik.
Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga mencatat rekod dunia sebagai individu paling tua yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri.
Bukan itu sahaja berita gembira yang diterima oleh PPBM itu, sebaliknya parti itu juga akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di Malaysia Barat. Ia merupakan kerusi terbanyak yang bakal ditandingi PPBM di Semenanjung.
Ia diikuti PKR yang diperuntukkan 51 kerusi, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi pula untuk Parti Amanah Negara (PAN).
Untunglah PPBM, walaupun masih setahun jagung dengan mesyuarat cawangan pun tidak diadakan, sudah mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan mengetepikan PKR serta PAN.
Bertanding pula di kerusi kerusi Melayu, DAP tepuk tangan gunakan PPBM sebagai screw untuk lemahkan dan serang UMNO.
Cuma DAP sahaja yang sukar dikawal oleh Mahathir sebaliknya beliau yang dikawal oleh DAP. Meskipun peranan DAP tidak ketara dalam isu pemilihan calon Perdana Menteri ini, namun parti berkenaan menjadi `tangan ghaib' di belakangnya.
Seperti kata bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yaw sebelum ini ketika pilihan raya negeri Sarawak, untuk membiarkan 'orang Melayu skru orang Melayu'. Inilah yang dilakukan oleh DAP ketika ini.
Dalam erti kata lain, DAP adalah yang paling berkuasa dalam Pakatan keranan kononnya mempunyai Mahathir sebagai ayam tambatan untuk `skru orang Melayu'.
Jumlah kerusi DAP tanding dan PAN bertanding adalah yang terbesar. 27 kerusi PAN dan 35 kerusi DAP, jumlahnya menjadi 62 kerusi. Lagi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak juga akan didominasi oleh DAP.
Jadi, sebenarnya DAP yang paling berkuasa. Mahathir hanya jadi umpan sahaja untuk dapatkan undi Melayu.
Sudah banyak bekas pemimpin DAP yang mendedahkan niat sebenar DAP. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 10 Disember lalu mendedahkan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana Penasihat DAP itu sehingga kini tidak pernah melepaskan jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.
Menurut Tunku Aziz, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.
``Cita-cita Kit Siang untuk menjadi perdana menteri akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Mahathir dan Anwar hanya merupakan alat politik beliau untuk meraih undi orang-orang Melayu. Sememangnya kedudukan Anwar dan Mahathir tidak layak,'' kata Tunku Aziz.
Ternyata pendedahan ini membimbangkan kita. Bagi memastikan niat tersebut tidak tercapai maka janganlah beri undi kepada Pakatan Harapan kerana kita hanya akan menyaksikan calon kitar semula sebagai Perdana Menteri jika mereka menang.
Beliau telah 22 tahun memerintah negara dan lihatlah apa yang berlaku pada zamannya. Bukan sahaja nama Mahathir diseliputi skandal tragedi memali, operasi lalang dan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta kerugian RM31 bilion Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an, malah beliau juga dibayangi tuduhan mengkayakan kroni dan anak-anaknya.
Jangan biarkan ia berulang lagi. Zimbabwe pun tidak ambil balik Mugabe jadi pemimpin mereka. Mahathir hanya umpan untuk rampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan semata mata. Di belakangnya, ketua sebenar adalah DAP.
Tulisan :
Beruang Biru
BB728, Isnin
8 Januari 2018