Sunday, 7 January 2018
Rakyat Perlukan Pemimpin Jaga Hak Rakyat Bukan Politik Kebencian - PM Najib
By @MNA at 15:08:00
Negara memerlukan pemimpin yang berpolitik dengan baik dengan menjaga hak serta kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan bukannya politik kebencian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata politik kebencian yang diamalkan oleh pihak pembangkang tidak mencerminkan nilai murni dan norma yang baik untuk masyarakat.
Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan, Barisan Nasional (BN) tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dan berusaha semampu mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan mengutamakan kepentingan negara.
“Contohnya pada 1 Jan lepas, kerajaan telah mansuhkan kutipan tol di empat buah plaza tol, melaksanakan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), memberikan bantuan kepada nelayan, pekebun kecil dan bantuan persekolahan. Ini tidak termasuk bantuan pendidikan percuma.
“Insya-Allah kerajaan akan terus lakukan perkara ini sebab negara diurus dengan baik. Sebut sahaja tentang keselamatan, hubungan antara kaum, memperjuangkan syiar Islam, kebajikan rakyat, ekonomi negara… Alhamdulillah semuanya bertambah baik begitu juga dengan prasarana untuk rakyat akan terus dilaksanakan.
“Seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah (telah dan) akan berubah wajah kerana di bawah UMNO, inilah yang kita lakukan, kita (pemimpin UMNO dan BN) bukan orang yang tabur janji atau mainkan politik kebencian, mengata, mengumpat dan kutuk negara dengan kata-kata kesat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada murid sekolah rendah kawasan Parlimen Pekan di sini, hari ini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Tabung Haji yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pada majlis itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan sumbangan persekolahan berupa pakaian, beg dan kasut sekolah bernilai RM180 bagi setiap seorang kepada 2,000 murid terpilih yang terdiri daripada pelajar daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu.
Kebajikan rakyat adalah keutamaan tertinggi dalam UMNO dan BN tidak kira sama ada di bandar dan luar bandar, kata perdana menteri.
Related Posts:
Sukan SEA 2017 Buktikan Kehebatan Dato Seri Najib 18 Julai 2012, dalam satu mesyuarat The SEA Games Federation (SGF) di Myanmar, Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea pada tahun 2017. Brunei sepatutnya menganjurkan Sukan Sea pada 2017 tetapi Dato Seri … Read More
ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa 1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer d… Read More
Cerita Bohong Dan Pembangkang Berpisah Tiada Pada pertengahan bulan April lepas, YAB Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them". Inilah cara Mahathir, kaedah Machi… Read More
Mahathir Tunduk Pada Pemimpin Haram DAP Empat hari lepas, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan b… Read More
Guan Eng "Lembukan" Penduduk Sungai Lembu Dengan Sebakul Durian Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng tergamak menangguhkan operasi sebuah kilang haram dek kepentingan mereka sehingga sanggup mengambil ringan perihal kebajikan penduduk kampung berhampiran yang sudah menderi… Read More