Saturday, 30 December 2017
Ingat Malaysia Negara Kartun Suka Hati Tukar-Tukar PM
By @MNA at 17:33:00
Pakatan Harapan diminta jangan buat Malaysia seperti negara kartun untuk melantik Perdana Menteri sementara dan menukar ikut sesuka hati mereka sahaja.
Semua pihak termasuk pembangkang harus mematuhi undang-undang dan perlembagaan selaras dengan perkara 43 bahawa perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti anggotanya.
Pakatan ingat ini perkara kartun kah berapa hari sahaja lantik Perdana Menteri sementara, tak sampai berapa hari lantik perdana menteri yang lain pula? Sistem perundangan pun boleh dibuat mainkan mereka.
“Apa fesyen cara pentadbiran mereka ni? Dan ingat Tun Mahathir suka-suka nak ikut idea mereka?”
Berikutan ada cadangan Tun Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara dan bertindak untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.
Jawatan Perdana Menteri itu kemudiannya harus diserahkan kepada Anwar sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
PH sepatutnya perlu berhati-hati dengan permainan politik Tun Mahathir yang sememangnya mempunyai agenda tersendiri.
“Hari ini mungkin dia setuju dengan rundingan tersebut, dibuatnya Tun Mahathir langgar perjanjian dan serahkan kepada anaknya Mukhriz? Atau Muhyiddin? Siapa tahu kan?
“Kalau Anwar sendiri cuba melawan Tun Mahathir, dia akan masukkan Anwar sekali lagi ke penjara pula?
“Siapa tak kenal Tun Mahathir kan?
Kaki UTurn bila plan tidak menjadi.
Lihat dengan minda tiap pergolakkan dalam PH menampakkan mereka tidak konsisten untuk mentakbir negara. Perebutan kuasa akan berlaku jika mereka menang.
Related Posts:
Skandal Wang Rakyat Bukti DAP Gagal Takbir Pulau Pinang Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi menjadi topik panas rakyat, bukan kerana keberkesanan mereka mentadbir tetapi wujudnya satu lagi skandal yang melibatkan wang rakyat. Inilah masaalahnya apabila DAP diberikan kuasa maj… Read More
Anak Saudara MB Selangor Ditahan SPRM Dengan Wang Lebih RM4 juta Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira… Read More
Rumah Urut Beribu Ribu, Rumah Mampu Milik Rakyat Tiada Di Selangor “Saya difahamkan sehingga kini terdapat lebih 6,000 rumah urut yang menawarkan khidmat seks sedang beroperasi di sekitar Selangor. Jumlah ini tidak termasuk rumah urut yang beroperasi secara haram” kata Datuk Seri Dr Irmoh… Read More
Bila Mahathir Tiada, Proton Pun Makin Laku & Boleh Buat Kereta Terbang Dr Mahathir Mohamad telah memegang jawatan penasihat Proton sejak 2003 selepas bersara sebagai Perdana Menteri keempat dan beliau juga dilantik sebagai pengerusi Proton berkuatkuasa pada 16 Mei 2014. Malah ketika pelantik… Read More
Dari Mana Sumber Kewangan Parti Bunga? Seronok sangat Mahathir mempertikaikan orang lain. Namun dalam partinya sendiri bila ada orang pertikaikan dia, terus orang tersebut disingkirkan dari parti bunga. Perkara tidak jelas dan meragukan perlu dipersoalka… Read More