Dalam Pakatan rancak menjadikan isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak baru-baru ini ramai yang tidak tahu bahawa tiga buah pulau buatan yang bakal dibina di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang akan "dilelong" bagi membiayai usaha Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM27 bilion oleh kerajaan negeri,
Projek berkenaan – Penang South Reclamation (PSR) adalah satu usaha kerajaan pembangkang Pakatan Harapan untuk menambak tiga buah pulau berukuran 930 hektar, 445 hektar dan 323 hektar di perairan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.
Banyak pihak yakin, pulau-pulau ini akan dijual kepada pihak asing, tambahan pula DAP sering mendakwa Malaysia sebuah negara gagal dan hampir bankrap – takkan rakyat dalam negeri hampir bankrap ada duit nak beli pulau?
Demi menjustifikasikan tindakannya untuk “melelong” pulau-pulau ini nanti, DAP mendakwa projek ini boleh menyelesaikan masalah trafik yang semakin teruk di negeri tersebut, janjinya sudah mereka dendangkan sejak tahun 2008.
Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Joshua Woo Sze Zeng mendedahkan bahawa dengan penjualan tanah di pulau-pulau buatan ini, Pulau Pinang akan lebih bebas dari kekangan kerajaan persekutuan (dan) mampu memajukan negeri tanpa kekangan jika usaha kerajaan DAP tersebut berjaya.
“Umno-BN tak mahu negeri dikuasai pembangkang berjaya. Jika projek ini berjaya dilaksanakan, Umno-BN akan lebih susah untuk mengambil alih Pulau Pinang. Tambahan lagi, banyak lagi negeri lain akan terinspirasi untuk menjatuhkan mereka (BN)..” kata beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP negeri.
Walaupun begitu, pemimpin DAP sendiri mengaku bahawa projek tambakan laut tersebut akan menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar serta ekosistem hidupan laut, tetapi ianya diabaikan kerana mereka lebih mementingkan keuntungan.
Malah, hasil dari kerakusan DAP itu akan menyebabkan rakyat P.Pinang berdepan dengan kehilangan harta warisan laut yang bakal diperturunkan kepada generasi akan datang.
Risiko kemusnahan ekoran projek tambak laut itu turut dilaporkan dalam laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) seperti didedahkan perunding Tetuan Dr. Nik & Associate yang menjalankan kajian tersebut pada sesi dialog bersama nelayan minggu lalu.
Antara rumusan daripada dapatan awal kajian awal itu ialah sesetengah terumbu karang di Pulau Rimau, lokasi pendaratan penyu dan kawasan menangkap ikan di luar pantai selatan negeri ini akan hilang jika projek tebus guna tanah dicadangkan mendapat kelulusan.
Inilah yang berlaku apabila negeri dijajah oleh kapitalis rakus seperti parti DAP dan juga rakan-rakannya didalam Pakatan Harapan. Ini baru sebuah negeri, cuba bayangkan juga bagaimana nasib Malaysia jika diserahkan kepada ‘binatang-binatang politik’ tersebut
Bandingkan ini dengan isu tanah Felda di Jalan Semarak itu, mana yang lebih besar isunya? Sekurang-kurangnya dengan semua tindakan yang dilakukan sekarang, tanah itu boleh diperolehi semula Felda, berbanding dengan pulau yang bakal di jual ini.
Sumber : Beruang Biru