Friday, 1 December 2017

Ekstremist Agama Dan Asabiyah Mengundang Perpecahan - Abang Johar



Ekstremis agama dan assabiyah (perkauman) adalah penyakit paling utama yang mengundang kepada perpecahan dan pergolakkan dalam masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut perlu dihindarkan dan melalui ruangan dialog, wacana serta penyebaran nilai-nilai murni oleh setiap agama adalah tuntutan yang mesti dipenuhi oleh setiap penganut agama.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1439 Hijriah, ini yang bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’, dengan jelas memperlihatkan peri pentingnya kita bersatu dalam apa sahaja keadaan bagi mencapai matlamat bersama iaitu kesejahteraan negara.

“Perbezaan kaum, agama dan kepercayaan tidak seharusnya menjadi penyebab berlakunya perpecahan dan perbalahan sebaliknya merupakan satu sifat semulajadi manusia yang harus dihargai dan saling menghormati hak dan nilai perbezaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul yang dihadiri Pemangku Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Bujang Mohd. Nor di Dataran Perayaan hari ini.

Seramai 5,279 daripada 128 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kariah masjid serta surau.

Tambahnya, kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah negara yang terdiri daripada perbezaan agama, bangsa, budaya dan bahasa merupakan satu nilai semulajadi dalam membentuk keseimbangan pembangunan dalam kerangka wujudnya semangat ingin berkenalan atau berta’aruf.





Related Posts: