Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi menjadi topik panas rakyat, bukan kerana keberkesanan mereka mentadbir tetapi wujudnya satu lagi skandal yang melibatkan wang rakyat.
Inilah masaalahnya apabila DAP diberikan kuasa majoriti dalam Dewan Undangan Negeri sehinggakan pelbagai pembentangan yang meragukan dan tidak trasperen boleh diluluskan begitu sahaja.
Dan jika ada ADUN PKR atau DAP yang tidak sebulu dengan LGE dan kerajaan DAP, mereka akan ditindas dan dizalimi secara terang-terangan.
Pada 14 November 2017, Rang Undang-Undang diluluskan (dengan undi majoriti) untuk menubuhkan sebuah syarikat untuk menguruskan taman semula jadi dan Taman Botani Pulau Pinang.
Enakmen baru membenarkan penubuhan sebuah Perbadanan Taman Negara (Botanic) Pulau Pinang untuk mengawal selia Taman Botani Pulau Pinang.
Di antara yang dipersoalkan ialah pengurus besar perbadanan itu perlu melaporkan kepada pengerusi padahal umumnya, pengurus besar akan melaporkan kepada lembaga pengarah dan bukannya pengerusi.
Turut dibimbangkan mengenai pengkorporatan Taman Botani Pulau Pinang ini akan membuka jalan bagi pengkomersilan taman-taman, padahal Taman Botani adalah taman awam yang digunakan oleh rakyat negeri untuk aktiviti rekreasi
Terbaru ialah pendedahan tentang draf Special Area Plan (SAP) yang terpaksa disemak semula kerana ‘pindaan terdahulu dibuat oleh perunding luar yang tidak mahir dalam botani’. Timbul persoalan,
1. Bagaimanakah perunding luar yang ‘tidak mahir dalam botani’ boleh diberikan projek tersebut?
2. Berapakah wang rakyat yang hangus begitu sahaja disebabkan ketidakcekapan memilih perunding yang benar-benar mahir?
3. Apakah ianya seperti kertas feasibility studies (18 bulan yang lepas) untuk projek terowong dan lebuh raya yang bernilai RM305 juta di mana RM135 juta telah dibayar tetapi kajiannya tidak siap-siap sehingga ke saat ini?
Kerajaan DAP akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Taman Botanic Singapura untuk ‘bertukar pengetahuan teknikal mengenai pengurusan taman botani’.
Hairan kerana apakah tidak ada sesiapa pun dalam Malaysia ini yang ada kemahiran tentang pengurusan taman botani hinggakan kerajaan DAP perlu merujuk negeri Singapura?
Malah, jika kita merujuk web Singapore Botanic Gardens, wujud pengkomersilan di dalamnya di mana pengunjung perlu membayar yuran jika mahu masuk ke dalam sesetengah kawasan dalam botani tersebut.
Maksudnya, kerajaan DAP akan sekali lagi memeras duit rakyat seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Pelbagai caj telah dikenakan kepada rakyat Pulau Pinang. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah. Begitu juga dengan caj parking sehingga tengah malam, cukai katil, caj plastik 20 sen, kadar saman, cukai pintu (2016) dan sewa warung pun naik.
Dan tidak lama lagi, rakyat Pulau Pinang akan terpaksa membayar yuran jika mahu masuk ke dalam sesetengah kawasan dalam Taman Botani.
Rakyat Pulau Pinang juga berkemungkinan besar akan berdepan dengan surcaj air yang akan naik sekali lagi. Begitu juga dengan pelbagai kenaikan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri jika DAP mentadbir selepas PRU14 atau dibiarkan berleluasa tanpa check and balance yang kuat dalam dewan undangan negeri.
Begitu juga dengan pendedahan terbaru Ketua Audit Negara tentang George Town World Incorporated (GTWHI) di mana Lim Guan Eng adalah pengerusinya.
Ketua Audit Negara melapurkan tentang pengurusan aktiviti dan tadbir urus adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian:
i. pelantikan kontraktor dibuat secara lantikan terus tanpa kelulusan Lembaga Pengarah;
ii. projek lewat disiapkan dan denda kelewatan tidak dikenakan.
iii. syarat-syarat perjanjian program George Town Festival tidak dipatuhi.
iv. Standard Operating Procedures pengurusan projek/program tidak disediakan dan Jawatankuasa Audit tidak diwujudkan.
Segala di atas menunjukkan sebuah kerajaan negeri yang gagal mentadbir (failed state).
Rakyat juga sedia maklum bahawa kerajaan DAP hanya pandai menjual tanah rakyat kepada pemaju untuk menjana sebahagian besar daripada pendapatan negeri. DAP memang layak dipanggil Developers Action Party.