Tujuh ekor rusa juga berminat melawat masuk ke kawasan Parlimen .
Parlimen hari ini menerima kunjungan 'pelawat' luar biasa dan istimewa, terdiri daripada sekumpulan rusa yang secara tiba-tiba dilihat bermain-main di dalam kolam di perkarangan menara utama Parlimen kira-kira pukul 11.45 pagi.
Menurut seorang pengawal keselamatan di Parlimen yang hanya mahu dikenali sebagai Azwari, kumpulan kira-kira tujuh ekor rusa daripada puluhan rusa yang dipelihara di Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelawat bangunan Parlimen itu, dipercayai terlepas dan memasuki perkarangan Parlimen ketika sesi persidangan Dewan Negara berlangsung.
Tiga ekor rusa berkenaan masuk dan bermain-main di dalam kolam manakala beberapa ekor lagi berlegar-legar di kawasan berpagar berhampiran pintu masuk utama #MNA