Thursday, 20 April 2017

Kotak, Curi Parti & Jubin, Pembohongan Ezam & Khairuddin Sudah Terbongkar


Pada tahun 1998, selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Mahathir, Ezam Mohd Nor begitu lantang mempertahankan Anwar dan mengkritik Mahathir.

Cerita pembohongan paling sensasi dijaja oleh Ezam ialah berkenaan enam buah kotak yang dikatakan mengandungi dokumen-dokumen rasuah melibatkan Mahathir. Ezam ugut untuk mendedahkan kandungan kotak-kotak berkenaan. Kotak entah ke mana, hanya tinggal ugutan sahajalah.

Menurut sumber rapat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu bekas Pegawai Khas Anwar, Rahimi Osman, Ezam yang pernah duduk berbual berkenaan perihal enam kotak itu, Ezam menafikan 6 kotak itu wujud dan menyatakan Anwar yang suruh reka cerita itu.

Hari demi hari, kotak berkenaan tidak dibuka dan tidak diketahui kesudahannya sampai di waktu Ezam masuk parti UMNO. Apabila dalam BN dan pernah menjadi kakitangan awam di Kementerian Kewangan, Ezam dalam ceramahnya memaklumkan bahawa kotak-kotak itu sebenarnya ada dalam simpanan bekas bosnya, Anwar yang kini sedang dipenjarakan kerana kes liwat.

Berkali-kali diasak pertanyaan sama oleh orang ramai mahupun media, Ezam tetap menyatakan bahawa kotak itu ada pada Anwar dan tidak mahu langsung beliau mendedahkan apa yang ada dalam kotak berkenaan.

Sekarang, selepas keluar dan menjadi pembangkang semula bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) cerita perihal kotak terus senyap dan tidak lagi keluar daripada mulut Ezam sehingga hari ini.

Selepas itu, kini Ezam tergamak mencuri sebuah parti yang lama, mengadakan mesyuarat agung tanpa kebenaran dan kemudian sesuka hati menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) dan melantik dirinya sebagai Presiden dan Khairuddin Abu Hassan sebagai Timbalan Presiden.

Bagi kepimpinan asal Parti Generasi Baru (PGB) yang dirampas oleh Ezam itu, mereka mendakwa parti mereka telah disalahgunakan oleh Ezam.

Presiden PGB, Datuk G Kumar Aamaan berkata mereka dua didapati melakukan tindakan menukar nama parti tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 anggota PGB kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat dibuat.

Untuk menyiasat pembohongan Ezam itu, laporan polis sudah dibuat dan aduan juga dikemukakan kepada ROS untuk siasat.

Sudahlah curi parti, kemudian tipu alamat pula. Paling teruk Ezam cuba kelentong ROS, ialah alamat yang digunakan dalam permohonan sebagai lokasi mesyuarat agung berkenaan diadakan ialah di sebuah kedai menjual jubin tiga tingkat.

Justeru, siasatan ROS ke atas permohonan PGB untuk menukar nama ke PBR telah didapati ada keraguan dan tanda tanya.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata surat berdaftar yang dihantar ROS ke alamat pejabat PGB seperti yang ditulis dalam permohonan untuk menukar nama kepada PBR tidak sampai dan dikembalikan semula.

Ada lagi, dalam permohonan berkenaan turut ada nombor MyKad Ahli Jawatankuasa parti berkenaan yang sebenarnya merujuk kepada individu lain.

Curi parti, tipu alamat dan kemudian tipu nama. Tiga kali tipu. Parti apakah ini? Tidak layak langsung bercakap hal rasuah bila orang yang bercakap pun berbohong banyak kali.

Sementara pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada MyKad seorang lagi ahli Jawatankuasa yang dikemukakan mendapati individu berkenaan tidak wujud.

Katanya, ROS masih menjalankan siasatan ke atas permohonan parti itu untuk menukar nama dan keterangan akan diambil dari beberapa lagi saksi.

Selagi siasatan belum selesai, Ezam tidak dibenarkan menggunakan nama PBR. Ezam sudah terkenal dalam negara sebagai jaguh 'lompat parti' kerana begitu kerap melompat meninggalkan parti yang disertai meskipun tempohnya masih tidak lama.

Ketika menyertai PPBM selepas keluar dari UMNO, Ezam membuat keputusan keluar parti itu hanya selepas beberapa minggu menyertai PPBM.

Kerana kejar kuasa, Khairuddin dan Mohd Ezam sanggup kelentong, bohong dan menipu untuk berpolitik. Rakyat Malaysia tidak boleh lagi mempercayai apa sahaja cakap mereka berdua ini. Jelas sekali tiada wibawa dan integriti langsung.

Bagi Mahathir, inilah dua orang harapan yang dia ada untuk terus menipu rakyat Malaysia. Menipu pun tidak apa, asalkan niat mereka hendak rampas Putrajaya berjaya. Kotak, curi parti dan jubin bukti pembohongan besar Ezam dan Khairuddin. Sungguh tidak malu mereka berdua ini. -BeruangBiru