Monday, 24 April 2017
Kes Adam Rosly PkR Lepas Tangan Sebaliknya Rafizi Desak Adam Istihar Harta
By @MNA at 22:12:00
Imej PKR tercalar lagi dengan penahanan Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan oleh SPRM. Satu persatu skandal rasuah yang melibatkan pemimpin PKR terbongkar. Slogan "Bebas Rasuah" yang dilaung-laungkan oleh pemimpin PKR merupakan indah khabar dari rupa.
Demi mengelakkan nama pemimpin lain dalam PKR terpalit sama, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mengulangi pendiriannya menyeru Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah supaya mengisytihar harta.
Menurutnya, langkah itu dapat menjernihkan keadaan sekali gus mengelak dari mengheret nama baik parti daripada bergelumang dengan kes yang dihadapi Adam.
"Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil yang boleh menjarakkan kemelut peribadi beliau dari mengheret PKR dan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan media.
Penyataan yang dibuat oleh Rafizi menjelaskan PKR langsung tidak menjaga kebajikkan ahli-ahlinya jika menghadapi masalah. Mereka bersikap lepas tangan dan bersahaja.