Wednesday, 26 April 2017

Mahfuz Ahli PAS Tapi Bersungguh Pertahankan DAP Dari Dikecam Oleh PAS


Mahfuz Omar terus mempertahankan DAP daripada dihentam oleh partinya sendiri iaitu PAS. Gaya dan tindakan Mahfuz tidak seiringan dengan kepimpinan PAS yang lain, sedangkan mereka dari parti yang sama. Jelas menampakkan Mahfuz lebih pro kepada DAP

Boleh pula Bekas Ketua Penerangan PAS ini boleh mempersoalkan apa masalah dengan DAP sehingga pemimpin parti PAS enggan menjalinkan kerjasama ?

Mahfuz tidak setuju pemimpin PAS terus-terusan menuding jari kepada DAP kerana bercanggah ideologi dan pemikiran bersabit agenda Islam yang diperjuang selama ini.
Apa masalah dengan DAP ? Kita sering ulang-ulang sebelum ini, kalau DAP tentang Islam, biasalah mereka itu bukan Islam. Yang masalahnya kita berdepan dengan UMNO Barisan Nasional (BN).

“Saya kata bahawa, dalam konteks hubungan dengan bukan Islam ini, apa salahnya kita cari satu jalan pendekatan yang boleh membawa mereka itu melihat kebaikan, kebenaran dan keadilan agama Allah ini,” ujarnya dalam satu ceramah yang dimuatnaik portal MKini, hari ini.

Mahfuz juga berkata beliau sejak dari awal tidak bersetuju untuk PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, implikasi daripada memutuskan hubungan dengan DAP itu amat besar hingga menggoyahkan gagasan pembangkang yang selama ini bersatu menentang UMNO-BN.

Ini bukan kali pertama Mahfuz mengkritik partinya secara langsung, malah ada beberapa pemimpin PAS meminta bekas naib presiden itu meninggalkan parti tersebut.

Namun Mahfuz tetap enggan dan bertegas akan terus berada dalam PAS untuk ‘menegur’ partinya itu.

“Kita tak boleh nak paksa dalam beberapa perkara yang mereka (DAP) tak boleh nak ikut. Apa masalahnya kita nak putuskan hubungan kalau ada perbezaan?

“Dalam konteks kalangan kita orang Islam sekalipun ada perbezaan, sudah tentulah dalam konteks hubungan antara agama Islam dengan bukan Islam, pun ada perbezaan. Sebab itu saya tidak bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP,” ujarnya lagi.

DAP dan PAS bertindak memutuskan hubungan sesama mereka selepas bercanggah pendapat mengenai cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Keputusan itu membawa kepada terkuburkan Pakatan Rakyat yang dibina sejak memenangi Pilihan Raya Umum 2008, yang lalu.
Kelantangan Mahfuz membela DAP dan keras-kerasan mengkritik PAS partinya sendiri menjadi tanda tanya kepada kita, mengapa Mahfuz tidak keluar dari PAS dan sertai DAP.?